Sign In
SSM Gesa Orang Awam Berurusan Di Kaunter Perkhidmatan Melalui Kaedah Temujanji Untuk Elak Beratur Panjang

​​Selaras dengan saranan kerajaan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19, operasi kaunter perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah dibuka kepada pelanggan pada setiap hari bekerja sejak 13 Mei 2020 melalui kaedah temujanji.

SSM mengingatkan para pelanggan yang ingin berurusan di mana-mana pejabat SSM untuk membuat temujanji online melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx .

Pelanggan yang hadir ke pejabat SSM juga dikehendaki mematuhi amalan kesihatan yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan Covid-19 termasuk pemakaian pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. Para pelanggan boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) bagi perincian urusan temujanji online di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my . SSM juga menasihatkan para pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan atas talian yang telah disediakan. Bergantung kepada jenis-jenis transaksi, para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan atas talian berikut:

1.     Urusan berkaitan entiti perniagaan tunggal dan perkongsian : Portal Ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/)
2.     Urusan berkaitan entiti syarikat : Portal MyCOID (https://mycoid2016.ssm.com.my/)
3.     Urusan berkaitan entiti Perkongsian Libiliti Terhad (PLT) : Portal MyLLP (https://www.myllp.com.my/)
4.     Urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan : Portal e-Info (https://www.ssm-einfo.my) dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my)
5.     Urusan berkaitan serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan: Portal MBRS (https://www.ssm4u.com.my/Pages/default.aspx); dan
6.     Urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat: Portal e-secretary (https://esecretary.ssm.com.my/).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.
Sekian, terima kasih.

9 Oktober 2020


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001