powered by FreeFind
 
Site Map | FAQ Carian Nama/E-INFO | Hubungi Kami E-Aduan
 
Produk dan Perkhidmatan SSM
Program Latihan COMTRAC
Piagam Pelanggan
Kod Etika
Borang
Pekeliling
Pendaftaran
Akta & Peraturan
Status 308  
Garis Panduan
   
Panduan Permohonan Nama Perniagaan

Garis Panduan Pendaftaran Perniagaan

Panduan Permohonan Nama Syarikat
Panduan Menamakan Syarikat
Garispanduan Untuk Memperbadankan Syarikat Tempatan
Garispanduan Mendaftarkan Syarikat Asing Di Malaysia
Garispanduan Bagi Pertukaran Nama Syarikat Tempatan
Garispanduan Bagi Pertukaran Nama Syarikat Asing
Garispanduan Bagi Pertukaran Taraf Syarikat
Garispanduan Bagi Permohonan Sijil Permulaan Perniagaan
Warta Kerajaan (Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997)
Warta Pindaan 2001
Prosedur Permohonan Kelulusan Menteri bagi Syarikat Berhad Menurut Jaminan

Garis Panduan SBMJ

Garis Panduan Syarikat Amanah
New Guidelines to Strike Off the Name of A Company (12 January 2007)
Panduan Pendaftaran Borang 5 (Penyata Rakan-rakan Firma bagi Firma Juruaudit)
Panduan Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat
 
 

Panduan Pendaftaran Perniagaan dan Gadaian

 

Untuk maklumat lanjut mengenai panduan mendaftarkan perniagaan dan gadaian, sila klik:

Prosedur/Garis Panduan Mengenai Pendaftaran Perniagaan
Panduan Pendaftaran Gadaian

Panduan Permohonan Lesen Juruaudit

  • Calon-calon yang ingin mendapatkan lesen juruaudit haruslah menjalani sesi temuduga.
  • Lesen juruaudit hanya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan permohonan boleh dibuat ke Bahagian Perakaunan dan Pengurusan.

Panduan Mendaftar Firma Audit

    • Pemilik firma / rakan kongsi adalah juruaudit yang diluluskan / pemegang lesen juruaudit yang sah dan berdaftar di Kementerian Kewangan Malaysia.
    • Mendapatkan nama firma yang telah diluluskan oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA).
    • Menghantar Borang 5 yang lengkap berserta surat kelulusan dari MIA dan surat kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
    • Yuran pendaftaran sebanyak RM500.00 dan RM5.00 untuk satu salinan sah dokumen.
    • Sekiranya berlaku sebarang perubahan maklumat firma audit, firma adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan perubahan tersebut dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya perubahan.

Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat

Sesiapa jua boleh memohon Lesen Setiausaha Syarikat jika:- 

  • Pemohon bukanlah seorang bankrap;
  • Pemohon bukanlah seorang pesalah seperti disebutkan dalam seksyen 130(1) Akta Syarikat 1965;
  • Pemohon mestilah menetap di Malaysia; dan
  • Pemohon mestilah cukup umur (18 tahun ke atas).

Prosedur Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat

  1. Dokumen dan bayaran
    Dokumen dan bayaran berikut perlu diserahkan ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia:
    • Borang 48B – Permohonan lesen Setiausaha Syarikat;
    • Salinan kad pengenalan;
    • Salinan sijil akademik;
    • Dokumen yang boleh mengesahkan pengalaman berkaitan;
    • Surat perujuk;
      • Gambar  bersaiz pasport yang terbaru; dan
      • Bayaran permohonan sebanyak RM50.00.
  2. Pengalaman dan Kelayakan
    • Kelayakan minima
      Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf (Kredit dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris).
    • Pengalaman
      Pemohon perlu mempunyai pengalaman bekerja berkaitan dengan perkara-perkara perundangan syarikat atau praktis kesetiausahaan syarikat.
    • Tempoh pengalaman bekerja
      • Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, 5 tahun pengalaman bekerja;
      • Pemegang Sijil, Diploma, Ijazah (dalam bidang perundangan, praktis kesetiausahaan syarikat pengurusan pentadbiran syarikat atau perakaunan) perlu 3 tahun, 2 tahun dan 1 tahun pengalaman bekerja.
  3. Temuduga
    Setiap pemohon perlu menghadiri temuduga yang mana dia akan dinilai pengetahuannya berkaitan undang-undang syarikat atau praktis kesetiausahaan syarikat.
  4. Lesen
    Pemohon yang berjaya perlu membayar untuk lesen sebanyak RM150.00 dan lesen yang tempohnya sah selama 3 tahun akan dikeluarkan kepada pemohon.
  5. Pembaharuan Lesen
    Bagi memperbaharui lesen setiausaha syarikat seseorang perlu menyerahkan borang permohonan pembaharuan lesen (Borang 48C) bersama bayaran sebanyak RM50.00 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tempoh lesen tamat. Selepas pembaharuan lesen diluluskan pemohon perlu membayar untuk lesen sebanyak RM150.00 dan lesen akan dikeluarkan kepada pemohon. 

Peringatan Am

  • Format Borang 48B untuk permohonan lesen dan Borang 48C untuk pembaharuan lesen boleh diperolehi dengan merujuk kepada Peraturan Syarikat 1966.
  • Setiap borang perlu ditaipkan.