Kod Etika Pengarah Syarikat
A. PENGENALAN
Malaysia semakin bergantung kepada sektor swasta bagi pertumbuhan yang berkekalan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, lebih-lebih lagi dengan perkembangan ekonomi yang baik dan penswastaan operasi-operasi perkhidmatan pos, telekomuni-kasi, penjanaan kuasa dan sistem pembetungan negara mendedahkan laporan dan akaun syarikat kepada penelitian yang sangat mendalam.
Suasana perniagaan dan undang-undang berterusan menjadi lebih kompleks dan ini telah mengenakan suatu tuntutan yang lebih bagi kecekapan yang munasabah di kalangan pengarah-pengarah syarikat. Adalah penting wujudnya suatu tahap kecekapan tingkah laku perlakuan korporat yang mempunyai tahap profesionalisme dan kebolehpercayaan untuk mendukung integriti korporat yang baik.
Pengalaman dalam negara telah mendedahkan secara kritikal keperluan merumuskan standard perlakuan korporat untuk mewujudkan suatu suasana korporat yang beretika.
B. PRINSIP
Prinsip yang ke atasnya kod ini didasarkan adalah prinsip-prinsip yang berkaitan dengan ketelusan, integriti, kebertanggungjawaban dan tanggungjawab sosial korporat.
C. TUJUAN
Kod Etika ini dirumuskan untuk rneningkatkan standard pentadbiran korporat dan tingkah laku korporat dengan maksud mencapai tujuan berikut:
-
Untuk mewujudkan standard tingkah laku etika bagi pengarah berdasarkan kepercayaan dan nilai yang boleh diterima, yang dipegang atau didukung oleh seseorang.
-
Untuk mendukung semangat tanggungjawab dan kebertanggungjawaban sosial sejajar dengan perundangan, peraturan dan garis panduan yang mentadbir sesuatu syarikat.
D. TAKRIF
Dalam konteks kod ini, seseorang pengarah syarikat ertinya mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan dengan nama apa juga disebut, dan termasuklah seseorang mengikut arahan dan petunjuknya pengarah sesuatu perbadanan pada lazimnya bertindak, dan seorang pengarah silih atau gantian. Seorang pengarah juga termasuk kedua-dua pengarah eksekutif dan bukan eksekutif dan juga pengerusi eksekutif dan bukan eksekutif.
E. KOD KELAKUAN
Pada melaksanakan kewajipannya, seorang pengarah hendaklah pada setiap masa mematuhi kod yang berikut:
| |
1. |
Pentadbiran
Korporat |
| |
|
1.1 |
Hendaklah mempunyai
kefahaman yang jelas tentang matlamat dan tujuan,
keupayaan dan kapasiti syarikat; |
| |
|
1.2 |
Hendaklah menumpukan masa dan usaha
untuk menghadiri mesyuarat dan untuk mengetahui
apa yang dikehendaki daripada lembaga dan setiap
pengarahnya, dan untuk menunaikan fungsi-fungsi
itu; |
| |
|
1.3 |
Hendaklah memastikan pada setiap
masa bahawa syarikat diuruskan dengan sepatutnya
dan dikawal dengan berkesan; |
| |
|
1.4 |
Hendaklah mengikut perkembangan
hal ehwal syarikat dan dimaklumkan tentang pematuhan
syarikat akan perundangan yang relevan dan kehendak
kontrak; |
| |
|
1.5 |
Hendaklah bertegas supaya dimaklumkan
tentang segala yang penting kepada syarikat supaya
pengurusan korporat menjadi berkesan; |
| |
|
1.6 |
Hendaklah menghadkan dirinya menjadi
pengarah syarikat kepada suatu bilangan yang dia
boleh menumpukan dengan sebaiknya, masanya dan
keberkesanannya; setiap pengarah menjadi hakimnya
sendiri tentang keupayaannya dan bagaimana sebaiknya
menguruskan masanya secara berkesan dalam syarikat
yang dalamnya dia menjadi pengarah; |
| |
|
1.7 |
Hendaklah mempunyai akses kepada
nasihat dan perkhidmatan setiausaha syarikat yang
bertanggungjawab kepada lembaga untuk memastikan
prosedur, kaedah dan peraturan yang sepatutnya
dipatuhi; |
| |
|
1.8 |
Hendaklah pada setiap masa
melaksanakan kuasanya bagi maksud
yang ia diberikan demi faedah dan kejayaan syarikat; |
| |
|
1.9 |
Hendaklah menzahirkan dengan serta merta segala kepentingan kontrak samada secara langsung atau secara tidak langsung dengan syarikat; |
| |
|
1.10 |
Hendaklah tidak mengalihkan untuk
manfaatnya sendiri apa-apa peluang perniagaan
yang sedang diusahakan o!eh syarikat, atau boleh
digunakan olehnya maklumat sulit yang diperolehi
oleh sebab jawatannya untuk manfaatnya sendiri
atau orang lain, |
| |
|
1.11 |
Hendaklah pada setiap masa bertindak
dengan suci hati sesungguhnya kepada syarikat
dalam apa-apa transaksi dan bertindak dengan jujur
dan bertanggungjawab pada melaksanakan kuasanya
dalam menunaikan kewajipannya; dan |
| |
|
1.12 |
Hendaklah sedia memberi keputusan
yang bebas dan jika perlu, secara terang menentang
jika kepentingan syarikat menghadapi risiko. |
| |
|
|
|
| |
2. |
Hubungan dengan
Pemegang Syer, Pekerja, Pemiutang dan Pelanggan
|
| |
|
2.1 |
Hendaklah peka dengan kepentingan
pemegang syer, pekerja, pemiutang dan pelanggan
syarikat; |
| |
|
2.2 |
Hendaklah pada bila-bila
masa menggalakkan tahap profesionalisme
dan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pekerja;
dan |
| |
|
2.3 |
Hendaklah memastikan langkah-Iangkah
keselamatan yang mencukupi dan menyediakan perlindungan
sepatutnya kepada pekerja di tempat kerja. |
| |
|
|
|
| |
3. |
Tanggungjawab
Sosial dan Alam Sekitar |
| |
|
3.1 |
Hendaklah memastikan bahawa langkah-langkah
yang perlu diambil mengikut undang undang untuk
menggulung atau memotongkan daftar syarikat jika
syarikat itu tidak memulakan perniagaan atau telah
terhenti daripada rnenjalankan perniagaan dan
tidak mungkin akan memulakan perniagaan di masa
akan datang atau menjalankan semula perniagaan
mengikut mana-mana yang berkenaan; |
| |
|
3.2 |
Hendaklah mengamalkan sikap objektif
dan positif dan memberi kerjasama erat demi kebaikan
bersama apabila berurusan dengan pihak berkuasa
kerajaan atau badan yang mengawal selia; |
| |
|
3.3 |
Hendaklah memastikan penggunaan
sumber alam secara berkesan, dan memperbaiki kualiti
hidup dengan menggalakkan tanggungjawab sosial
korporat; |
| |
|
3.4 |
Hendaklah lebih proaktif kepada
keperluan masyarakat dan memberi bantuan dalam
program-program kemasyarakatan selaras dengan
aspirasi konsep ‘Masyarakat Penyayang’
dalam Wawasan 2020; dan |
| |
|
3.5 |
Hendaklah memastikan agar
aktiviti-aktiviti dan operasi svarikat
tidak memudaratkan masyarakat keseluruhan serta
membantu untuk memerangi inflasi. |
|