 |
| |
 |
Teknologi Maklumat
dan Komunikasi |
| |
| Bahagian ini bertanggungjawab dalam
menguruskan perisian perkakasan aplikasi dan sistem,
bilik server serta rangkaian yang digunapakai di SSM.
Bahagian ini terbahagi kepada enam seksyen utama iaitu:-

Seksyen Operasi
- Mengurus pentadbiran pangkalan data.
- Mengurus fasiliti 'Disaster Recovery Centre'.
- Menyokong pengurusan sistem.
- Menyelenggara keselamatan operasi dan sokongan
prasarana.
- Memastikan perkakasan komputer di dalam keadaan
teratur dan diselenggara dengan sebaiknya.
- Menguruskan kemudahan prasarana bilik pelayar
seperti penghawa dingin, kad akses, UPS, sistem
anti-kebakaran dan kawasan persekitarannya.
- Memberikan sokongan peringkat kedua kepada pengguna.
|
|
 |
Seksyen Rangkaian
- Memantau operasi harian rangkaian (network infrastructure).
- Mengurus komunikasi yang meliputi komponen data
dan suara.
- Mengurus 'firewall' dan IDS.
- Memastikan keselamatan telekomunikasi dan prasarana
rangkaian.
- Memberikan sokongan peringkat kedua pengguna.
|
|
 |
Seksyen Khidmat Bantuan
- Menjadi pusat bantuan bagi para pengguna dari
aspek teknikal.
- Memberikan bantuan dan sokongan yang efisien dengan
bertindakbalas secepat mungkin ke atas setiap pertanyaan.
- Memastikan setiap bantuan yang tidak dapat diuruskan
di meja bantuan diusulkan serta-merta kepada pihak
yang sewajarnya.
- Memberikan pendapat dan tindak balas kepada SSM
mengenai masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh
para pengguna, seterusnya memastikan jika adanya
keperluan untuk latihan lanjut, dokumentasi mahupun
perubahan ke atas perkhidmatan sedia ada.
- Merekodkan segala butir panggilan dan nasihat
atau bantuan yang telah diberikan bagi tujuan rujukan
ataupun kegunaan statistik.
|
|
 |
Seksyen Pembangunan Sistem
-
Menguruskan kerja-kerja pembangunan,
pentadbiran, pengurusan dan penyelengaraan aplikasi.
-
Menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian
dan pembaikan.
-
Menghasilkan laporan 'ad-hoc'
daripada pelanggan dalaman dan luaran.
-
Memberikan sokongan peringkat
kedua kepada pengguna.
|
|
 |
Seksyen Perancangan dan
e-perkhidmatan
-
Bekerjasama dengan Bahagian Pemasaran
dan Pembangunan Perniagaan di dalam mereka strategi
untuk menggunakan maklumat di dalam pangkalan bagi
pembangunan produk mahupun bagi memperbaiki perkhidmatan
kepada pelanggan.
-
Bertindak sebagai penghubung
bagi Bahagian ICT dan lain-lain bahagian di dalam
pembangunan produk (termasuklah panghasilan laporan).
-
Membangunkan dan menyelenggara
laman web SSM.
|
|
 |
Seksyen ICT Negeri
- Menjadi pusat bantuan bagi para pengguna di pejabat
negeri dan cawangan SSM
- Memberikan bantuan dan sokongan yang efisien dengan
bertindakbalas secepat mungkin ke atas setiap pertanyaan.
- Memastikan setiap bantuan yang tidak dapat diuruskan
di meja bantuan diusulkan serta-merta kepada pihak
yang sewajarnya.
|
|
 |
 |