Bahagian ini bertanggungjawab untuk:
- Menjalankan kaji selidik dan semakan semula terhadap undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh SSM bagi memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan semasa;
- Mengkoordinasi dan memperkukuhkan hubungan di antara pihak berkuasa kerajaan, agensi kawal selia, badan profesional dan lain-lain pentadbir korporat antarabangsa;
- Menyediakan analisa maklumat dan statistik daripada pangkalan data SSM untuk penyediaan laporan berkualiti berhubung persekitaran perniagaan dan korporat negara;
- Menjalankan perancangan strategik untuk SSM melalui perancangan korporat, pengurusan risiko, aktiviti pengurusan dan pemantauan projek; dan
- Bertindak sebagai Setiausaha Mesyuarat Anggota Suruhanjaya SSM.
Bahagian ini dibahagikan kepada tiga Seksyen, iaitu:
- Seksyen Penyelidikan, Polisi, Perundangan & Rangkaian
- Menjalankan penyelidikan berhubung polisi dan perundangan, membuat semakan dan gubalan berhubung undang-undang dan peraturan korporat sedia ada. Seksyen ini juga membina, membangun dan mengekalkan hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti badan–badan kawal selia dan profesional di dalam dan luar negara.
- Seksyen Penyelidikan Statistik / Data & Rangkaian
- menganalisa dan mengumpulkan statistik berkaitan syarikat dan perniagaan, dan juga laporan ekonomi bagi tujuan laporan berkala dan tahunan; dan bertindak sebagai setiausaha kepada Mesyuarat Anggota Suruhanjaya dan Pengurusan Eksekutif.
- Seksyen Perancangan Korporat
- memastikan perlaksanaan pelan halatuju strategik melalui pemantauan dan mengkoordinasi status aktiviti dan projek yang sedang dijalankan oleh SSM. Seksyen ini juga bertanggungjawab menguruskan aktiviti perancangan perniagaan dan pelan tindakan tahunan; serta melaksanakan pelan pengurusan risiko dan pengurusan pengetahuan.
|