Mengenalpasti kehendak pelanggan
dan menjangka tingkah laku pelanggan melalui kajian
pasaran.
Membangunkan konsep-konsep produk
baru dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi.
Berkerjasama dengan Seksyen Komunikasi
Korporat untuk memasarkan produk dan perkhidmatan.
Seksyen Pengurusan Pelanggan
Memberikan layanan kepada aduan
pelanggan dan membangunkan sebuah sistem pengurusan
aduan.
Menetapkan polisi dan prosedur
berkenaan perkhidmatan pelanggan untuk digunakan
di ibu pejabat dan pejabat-pejabat cawangan.
Menjalankan dan memantau perkhidmatan
'helpdesk/hotline' yang disampaikan kepada umum.
Mengambil tindakan proaktif bagi
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan.
Seksyen Perkhidmatan Maklumat
Membekalkan maklumat melalui
kaunter dan pos.
Membekalkan lain-lain perkhidmatan
maklumat nilai ditambah kepada umum.
Mengurus dan menyelenggarakan
fasiliti-fasiliti pencarian dokumen.
Memberikan perkhidmatan sokongan
produk kepada pelanggan.
Seksyen Pengurusan Dokumen
Seksyen ini bertanggungjawab menyedia,
merancang dan mengatur pengurusan dokumen syarikat dan
perniagaan, dan menyediakan prosedur berkaitan keselamatan
dokumen, penyelenggaraan peralatan, pengurusan sistem
back-up dan kualiti imej serta pelupusan.