 |
| |
 |
Perkhidmatan Pendaftaran |
| Bahagian ini bertanggungjawab
untuk mewujudkan proses pendaftaran syarikat dan perniagaan
yang teratur dan berkesan di samping melaksanakan urusan
pendaftaran selaras dengan peruntukan akta-akta dan
peraturan yang ditadbir. Pada masa yang sama bahagian ini berperanan memastikan pengemaskinian maklumat korporat
dibuat dengan tepat dan menepati piagam pelanggan yang
ditetapkan.
|
|
|
 |
Seksyen Pendaftaran Syarikat
|
|
 |
Seksyen Pendaftaran Perniagaan
-
Carian nama perniagaan
-
Pendaftaran
perniagaan
Mendaftar perniagaan pemilikan tunggal dan perkongsian.
-
Pembaharuan
dan Perubahan Perniagaan
Pembaharuan pendaftaran dan perubahan butir-butir
perniagaan.
-
Penamatan
Perniagaan
Memproses penamatan sesuatu perniagaan.
|
|
 |
Seksyen Skim Kepentingan
-
Memastikan pemegang-pemegang
skim kepentingan mendapat hak mengguna
sepertimana yang dijanjikan dalam surat ikatan amanah.
-
Memastikan operator-operator
skim kepentingan mematuhi peruntukan Bahagian 5 Penggal
IV Akta Syarikat 1965 dan Garis panduan Polisi dan
Kehendak-Kehendak Bagi Skim-Skim Kepentingan.
-
Memastikan pemegang-pemegang amanah menjalankan tanggungjawab mereka melindungi kepentingan pemegang-pemegang skim kepentingan.
-
Memastikan industri skim kepentingan
boleh mengawalselia sendiri, mewujudkan amalan terbaik
dan menghasilkan industri beretika.
|
|
 |
Seksyen Pengurusan Tadbir
Korporat
Menyelenggarakan
dan mengawas pemerbadanan Akta Syarikat 1965 bagi permohonan
Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan mendapat
kelulusan Menteri.
- Pemerbadanan syarikat di bawah Seksyen 24(1) Akta
Syarikat 1965.
- Pemilikan dan pelepasan tanah di bawah Seksyen
19(2) Akta Syarikat 1965.
- Menggugurkan perkataan ‘Berhad’ di
bawah Seksyen 24(2) Akta Syarikat 1965.
- Pelantikan pengarah/pemegang amanah di bawah syarat
lesen Seksyen 24(3) Akta Syarikat 1965.
- Meminda Memorandum dan Artikel syarikat di bawah
Seksyen 24(4) Akta Syarikat 1965.
- Kutipan derma di bawah syarat lesen seksyen 24(3)
Akta Syarikat 1965.
- Lain-lain permohonan di bawah Seksyen 24 Akta
Syarikat 1965.
- Menyemak Memorandum dan Artikel SBMJ Biasa (Dengan
perkataan ‘Berhad’ di hujung nama).
- Mengawalselia SBMJ yang telah diperbadankan dan
memastikan peruntukan Akta Syarikat dan syarat-syarat
lesen dipatuhi.
- Melaksanakan dasar dan garis panduan.
Menyelenggarakan
permohonan korporat
- Memproses permohonan lanjutan masa di bawah Seksyen
143(2) dan Seksyen 169(2) Akta Syarikat 1965.
- Memproses permohonan pengecualian di bawah Seksyen
169A dan 336(5) Akta Syarikat 1965.
- Memproses permohonan kelulusan di bawah Seksyen
168(3) Akta Syarikat 1965 berkaitan dengan perbezaan
tahun kewangan di antara anak syarikat dengan syarikat
induk.
- Memproses permohonan pelantikan proksi di bawah
Seksyen 149(1)(b).
- Mengendalikan propektus yang diserahsimpan di
bawah Seksyen 36A(4) Akta Syarikat 1965 berhubung
terbitan dan tawaran sekuriti.
- Mengendalikan laporan suku tahunan dan laporan
kewangan di bawah Seksyen 36A(7) / Seksyen 80 Akta
Syarikat 1965.
- Merekod perintah perlindungan dan skim penyatuan
di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.
Pendaftaran di
bawah Akta Syarikat Amanah 1949
-
Menyelenggarakan pendaftaran
syarikat amanah.
-
Memproses permohonan pendaftaran
syarikat amanah.
-
Menyelenggarakan temuduga bagi
pelantikan pengarah/ketua pegawai eksekutif syarikat
amanah.
-
Menyediakan laporan temuduga
untuk kelulusan pengarah dan ketua pegawai eksekutif.
|
|
 |
Seksyen Insolvensi
-
Mengendalikan hal-hal berhubung
dengan penggulungan syarikat, pembatalan nama syarikat dan Daftar dan pengurusan aset syarikat defunct.
-
Menyimpan rekod syarikat-syarikat yang di dalam proses pembubaran oleh mahkamah dan pembubaran secara sukarela.
-
Memastikan pematuhan Akta Syarikat 1965 yang berkaitan dengan penggulingan dan pembubaran syarikat.
-
Pembatalan nama syarikat dari daftar di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965.
- Pendaftar mempunyai kuasa membatal nama syarikat dari Daftar jika dia mempercayai syarikat tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi.
- Memproses permohonan pembatalan nama syarikat dari Daftar.
-
Pengurusan
Aset.
- Mendaftar dan merekod harta-harta yang tertakluk
kepada Pendaftar Syarikat di bawah Seksyen 310
Akta Syarikat 1965.
|
|
 |