Seksyen Aduan
Seksyen Aduan bertanggungjawab menerima, merekod dan bertindak ke atas aduan yang diterima daripada pegawai-pegawai syarikat, pemegang saham, pemilik perniagaan, rakan kongsi perniagaan atau orang awam mengenai sebarang isu dan ketidakpatuhan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Sebarang aduan boleh dikemukakan terus melalui e-aduan atau surat ke alamat di bawah :
Seksyen Aduan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tingkat 10, Putra Place
100 Jalan Putra
50622 Kuala Lumpur
Tel : 603 4047 6000
Fax : 603 4043 3778
emel : enquiry@ssm.com.my
Surat akuan terima bagi setiap aduan akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas aduan di terima oleh Seksyen Aduan. Seterusnya, Seksyen ini akan menjalankan inkuiri awal kes aduan. Sekiranya didapati ada kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, perkara tersebut akan dirujuk ke Bahagian Siasatan atau Bahagian Pematuhan SSM. Jika aduan tersebut melibatkan bidangkuasa pihak berkuasa yang lain, Seksyen Aduan akan merujuk aduan tersebut ke pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan selanjutnya. |