powered by FreeFind
 
Site Map | FAQ Carian Nama/E-INFO | Hubungi Kami E-Aduan
 
Operasi
Perkhidmatan Pendaftaran  
Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan  
Teknologi Maklumat dan Komunikasi  
Operasi Pejabat Negeri  
Perkhidmatan
Sumber Korporat  
Polisi dan Pembangunan Korporat  
Perhubungan Awam  
Penguatkuasaan
Pematuhan  
Siasatan  
Perkhidmatan Perundangan  
Seksyen Aduan  
 
Audit Dalam  
COMTRAC  
 
Perkhidmatan Perundangan

 

Bahagian ini bertanggungjawab menjalankan pendakwaan, menyediakan nasihat perundangan, menyediakan dan menyemak kontrak, mengendalikan kes mahkamah yang melibatkan SSM, bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dalam menjalankan aktiviti anti pengubahan wang haram dan terlibat dalam program latihan/khidmat nasihat yang melibatkan ahli perniagaan dan pegawai syarikat.

 

Bahagian ini terbahagi kepada tiga seksyen iaitu:

1. Seksyen Pendakwaan

 

Mendaftarkan kes-kes di Mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan Akta Syarikat 1965 (Akta 125), dan melaksanakan pendakwaan kes dalam tempoh masa yang sebaik mungkin dan kepentingan SSM.

2. Seksyen Ligitasi

 

Mengendalikan kes-kes sivil, perbicaraan dan rayuan-rayuan berhubung kes-kes yang dimulakan oleh SSM atau terhadap SSM;  membuat kajian dan penyelidikan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan isu perundangan bagi tujuan pengendalian kes, terutamanya mendapatkan autoriti dan peruntukan undang-undang berkaitan; dan menyediakan afidavit, pliding, hujahan bertulis dan dokumen-dokumen lain untuk difailkan di Mahkamah.

 

Serahan suratcara-suratcara kepada Suruhanjaya

 

Segala suratcara-suratcara Mahkamah berkenaan Suruhanjaya boleh diserahkan di alamat berikut:

Seksyen Litigasi
Bahagian Perkhidmatan Perundangan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tingkat 10, Putra Place,
No. 100, Jalan Putra
50622 Kuala Lumpur.

3. Seksyen Perundangan

 

Memberi perkhidmatan perundangan kepada SSM seperti berikut:

  • menyediakan nasihat perundangan;
  • menyediakan dan menyemak kontrak untuk SSM;
  • mentafsirkan undang-undang yang ditadbirkan oleh SSM; dan
  • terlibat dalam program latihan/khidmat nasihat bagi ahli perniagaan dan pegawai syarikat sebagai sebahagian dari strategi pendekatan penguatkuasaan yang seimbang untuk mendidik masyarakat.