Peranan utama seksyen perhubungan
awam untuk bertindak sebagai pusat saluran komunikasi
utama SSM kepada pihak luar, orang awam dan merupakan
pusat perhubungan bagi pihak media. Selain itu, seksyen
ini juga berfungsi untuk merancang, menganjur dan menguruskan
majlis serta program-program publisiti, promosi dan
pendidikan berterusan ke arah menyemai amalan tadbirurus
korporat yang baik dipraktikkan.
Sebagai pusat perhubungan utama SSM, adalah menjadi
tanggungjawab seksyen ini untuk membina dan mewujudkan
rangkaian kerjasama yang baik dan rapat dengan pihak
media, industri, persatuan dan badan kawalselia tempatan
serta antarabangsa.
Dalam menyalurkan maklumat yang berkualiti kepada orang
awam, dua media utama digunakan iaitu melalui penerbitan
maklumat korporat secara bercetak dan elektronik.
Bagi memastikan implementasi strategik semua program dapat dilaksanakan dengan baik, seksyen
ini dibahagi kepada dua unit seperti berikut:
- Unit Perhubungan Awam
- Unit Pengurusan Majlis
|