Garis panduan permohonan bayaran balik hasil SSM

  1. Semua permohonan bayaran balik hasil ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hendaklah di buat melalui  Borang Permohonan Bayaran Balik .
  2. Borang Permohonan Bayaran Balik yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada SSM melalui email refund@ssm.com.my. Dokumen sokongan berikut juga perlu dilampirkan semasa permohonan dibuat :
    • Salinan resit rasmi SSM berkaitan transaksi yang di pohon;
    • Salinan Surat Penolakan / Kueri / Pembatalan Program yang dikeluarkan SSM berkaitan dengan transaksi;
    • Salinan bukti pembayaran yang berkaitan
  3. Hanya permohonan bayaran balik yang lengkap sahaja akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan borang.
  4. Bayaran bagi permohonan bayaran balik yang diluluskan akan dibuat melalui arahan pindahan terus ke akaun bank (electronic fund transfer).
  5. Sebarang pertanyaan berhubung status permohonan bayaran balik boleh dikemukakan melalui emel kepada refund@ssm.com.my. Sila nyatakan nombor rujukan kes semasa berurusan.