eXtensible Business Reporting Language (XBRL)

Malaysian Business Reporting System

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan platform serah simpan berdasarkan format eXtensible Business Reporting Language (XBRL) pada tahun 2018.

Platform ini akan dikenali sebagai "Malaysian Business Reporting System" (MBRS) yang membolehkan serah simpan khusus bagi pelaporan tahunan dilakukan iaitu: 

  • Penyata Kewangan dan Laporan (FS);
  • PenyataTahunan (AR); dan
  • Permohonan Pengecualian (EA) yang berkaitan dengan FS dan AR.

Prinsip pembangunan sistem tersebut adalah berdasarkan peruntukkan akta atau piawaian berikut:

1. Akta Syarikat 2016 (AS 2016); 

2. Penggunaan piawaian perakaunan yang bersesuaian sama ada :

a. Malaysian Private Entities Reporting Standards (MPERS) untuk syarikat persendirian iaitu -

  • tidak dikehendaki untuk menyediakan atau menyerahkan apa-apa penyata kewangan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau Bank Negara Malaysia; dan
  • bukan anak syarikat atau syarikat bersekutu, atau dikawal bersama oleh, syarikat yang dikehendaki menyediakan atau menyerahkan apa-apa penyata kewangan di mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau Bank Negara Malaysia; atau 

b. Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) untuk syarikat awam. 

 

Skop Serah Simpan

Helaian MBRS Summary – Scope of Submission adalah ringkasan berhubung jenis-jenis serah simpan yang dibenarkan di bawah platform MBRS.

SSM menjemput pihak berkepentingan untuk memuat turun MBRS Preparation Tool (mTool) secara percuma bagi tujuan latihan. Setelah mTool tersebut berjaya diaktifkan, anda akan melihat paparan pilihan samaada AR, FS atau EA dalam tetingkap tersebut. 

Sungguhpun terdapat beberapa jenis serah simpan yang dijelaskan dalam MBRS Summary – Scope of submission, mTool akan membantu untuk menjana helaian yang bersesuaian mengikut jawapan yang dikemukakan di dalam tetingkap Information Filing tersebut.

MBRS 

MBRS Release 1

Platform MBRS akan dilancarkan secara dua peringkat. 

MBRS Release 1 

SSM akan membenarkan pihak berkepentingan untuk memuat turun  MBRS Preparation Tool (mTool) secara percuma dengan tujuan seperti berikut: 

  1. Untuk membenarkan pihak berkepentingan melihat dengan lebih jelas maklumat-maklumat yang di paparkan di dalam mTool bagi butiran pelaporan AR, FS atau EA;
  2. Untuk membenarkan pihak berkepentingan membiasakan diri dengan fungsi dan keupayaan mTool yang telahpun disediakan oleh SSM; dan
  3. Memastikan pihak berkepentingan mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menghadiri program latihan yang akan dianjurkan oleh pihak SSM.

Untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut berhubung mTool, sila muat turun mTool Installer (berpandukan kesesuaian komputer) melalui capaian berikut: 

Bagi mendapatkan panduan asas memuat turun pemasangan, mohon rujuk dokumen MBRS Preparation Tool Release 1 Installation Guide

Dokumen MBRS Preparation Tool Release 1 User Manual pula akan menjelaskan mengenai fungsi dan keupayaan asas sistem tersebut.

Perasmian MBRS

Portal MBRS akan dilancarkan oleh SSM pada suku kedua tahun 2018. Setelah dilancarkan, syarikat boleh menyerah simpan,  memperolehi sebahagian data AR dan papan pengendali syarikat (company’s dashboard) boleh dikendalikan melalui portal tersebut.

Untuk keterangan lanjut berhubung MBRS sila rujuk dokumen MBRS Release 1 Frequently Asked Questions.

 

Latihan MBRS

SSM telah memulakan kerjasama strategik bersama rakan kongsi dalam memenuhi objektif SSM berhubung latihan MBRS kepada pihak berkepentingan secara menyeluruh dan konsisten.

Program latihan MBRS yang ditawarkan oleh SSM bersama-sama rakan kongsi terbahagi kepada dua iaitu:

  • Pengenalan kepada MBRS (MI) 

Latihan menyeluruh mengenai platform serah simpan MBRS termasuk mengoptimumkan penggunaan MBRS Preparation Tool (mTool), tatacara pendaftaran pengguna, pendaftaran tandatangan digital dalam Portal MBRS (mPortal) dan proses serah simpan AR, FS atau EA di bawah MBRS.

  • MBRS untuk Penyedia - Penyata Kewangan (MP)

Latihan praktikal untuk mengoptimakan penggunaan fungsi mTool bagi penyediaan serta memuat naik penyata kewangan dan laporan melalui mPortal.

Untuk maklumat lanjut berhubung Latihan MBRS, sila layari Program COMTRAC.

Senarai Dokumen Berkaitan

Tahun Dokumen
2014

ssmt_20131231 (version 1.0)

Berdasarkan IFRS Taxonomy 2012 (English Label-Final)

2017

ssmxt2017 (v1.0)

Di atas adalah versi draf taxonomy yang telah disediakan untuk dimuat turun bagi tujuan ujian dalaman dan luaran. Fail akhir taxonomy termasuk Taxonomy Guide akan disediakan bersama dengan Malaysian Business Reporting System semasa Portal telah dibuka kelak.