Visi, Misi dan Fungsi

Misi:

Untuk menjadi pemangkin kepada pusat perniagaan dan pembelajaran korporat

Visi : 

  • Untuk membangunkan serta meningkatkan kecekapan, kecermerlangan, kebolehan dan kecekapan kepelbagaian sumber tenaga untuk SSM melalui latihan dan program- program pembangunan.
  • Untuk melahirkan tabir urus korporat yang cemerlang dan mempromosikan tindakan berhemah dikalangan para pegawai syarikat, ahli perniagaan, penggiat industri serta badan professional melalui pembelajaran secara berterusan.
  • Untuk membangunkan dimensi Akademi secara global melalui penganjuran dan inisiatif pakatan strategi dengan institusi-institusi pengajian tinggi, profesional serta badan antarabangsa dalam menganjurkan program latihan dan pembelajaran ke serata daerah dan organisasi antarabangsa.

Fungsi :

  • Untuk menganjurkan program latihan dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan pekerja SSM
  • Untuk membangun, menganjur dan menguruskan program latihan serta pembelajaran untuk pihak yang berwajib termasuk para mahasiswa institut pengajian tinggi dan agensi antarabangsa
  • Untuk menjalankan kajian program dalam pembangunan perniagaan dan isu- isu korporat
  • Untuk menganjurkan Keperluan Analisa Latihan dan Kepastian Analisa Latihan dengan sasaran untuk membangunkan program latihan yang bersesuaian untuk kegunaan dalaman dan juga pihak luar yang berwajib.
  • Untuk mengenalpasti, membangunkan dan mengawal kelompok pengajar dan pakar dalam bidang-bidang tertentu yang berkaitan kepada hal-hal korporat dan perniagaan.
  • Untuk memasarkan serta mempromosikan program latihan
  • Untuk membangunkan dan mengembangkan pusat sumber untuk menampung keperluan pihak korporat, ahli perniagaan dan ahli akademi; dan
  • Untuk menjalankan tindakan yang perlu dalam mempromosikan etika perniagaan dan tadbir urus korporat dikalangan Pengarah-pengarah Syarikat, Setiausaha-setiausaha syarikat, Pengurus-pengurus dan pegawai dalam syarikat, perniagaan serta badan berkanun serta badan profesional dalam sektor korporat dan perniagaan.