Visi
PERNYATAAN WAWASAN SSM
“Memenuhi keperluan perniagaan menerusi pendaftaran, maklumat, kawal selia dan khidmat yang berkesan”
Memenuhi keperluan perniagaan
SSM didorong ke arah memenuhi keperluan perniagaan, termasuklah memberikan pernyataan nilai yang lebih baik melalui produk dan perkhidmatan berkualiti serta penyampaian khidmat yang cemerlang.
Berkesan
SSM mempunyai matlamat untuk mencapai kecermerlangan operasi dalam semua aktiviti yang dijalankan. Demi mencapai matlamat ini, SSM perlu menjadi sebuah organisasi berkesan yang mengoptimumkan sumber dan mencapai matlamat tepat pada masanya.
Pendaftaran, Maklumat, Kawal Selia
Untuk menjadi pengawal selia korporat yang unggul, fokus SSM akan ditumpukan kepada usaha membina asas yang kukuh dalam fungsi utamanya. Cita-cita ini menetapkan pencapaian standard yang tiada taranya dalam ketiga-tiga bidang ini sebagai sasarannya.
Khidmat Nasihat
Fokus dimensi baru yang bermatlamat ke arah memberikan nilai tambah kepada komuniti perniagaan dengan menyediakan khidmat nasihat perniagaan










