Sumber Korporat

Sumber Korporat

Seksyen Kewangan dan Akaun

Fungsi utama Seksyen Kewangan dan Akaun adalah merancang, mengurus dan mengawal kedudukan kewangan Suruhanjaya di samping menjana pendapatan tambahan Suruhanjaya menerusi aktiviti-aktiviti pelaburannya.  

Perancangan, pengurusan dan kawalan kedudukan kewangan Suruhanjaya melibatkan :

a) pemantauan semua aktiviti kutipan hasil dan perbelanjaan;
b) penyediaan bajet tahunan;
c) pengurusan semua portfolio pelaburan;
d) penyediaan laporan berkala termasuk penyata tahunan; dan
e) memastikan semua aktiviti kewangan dikendalikan mengikut arahan, pekeliling dan garis panduan yang ditetapkan.

Seksyen Kewangan dan Akaun disokong oleh Unit seperti berikut :

a) Unit Bayaran & Belanjawan
b) Unit Akaun
c) Unit Hasil & Kawalan Kredit
d) Unit Pelaburan & Pinjaman

 

...........................................................................................................................................

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

Seksyen ini berperanan sebagai pusat untuk sumber organisasi dan menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan juga kemudahan-kemudahan kepada pekerja. Skop seksyen ini termasuk pentadbiran kemudahan perubatan, pengurusan pembayaran gaji dan pelaksanaan beberapa k-perkhidmatan pekerja di bawah "HRMS". Seksyen ini juga merupakan rujukan organisasi untuk rekod pekerjaan pekerja.

Seksyen ini disokong oleh unit-unit berikut:

  • Unit Perkhidmatan
  • Unit Payroll
  • Unit HRIS
  • Unit Komunikasi & Kebajikan Pekerja
  • Unit Pengurusan Prestasi

 

...........................................................................................................................................

Seksyen Pembangunan Organisasi

Seksyen ini berperanan dalam merancang dan membangunkan pengurusan bakat/kebolehan pekerja SSM melalui program yang strategik yang dirancang dengan teliti dan dilaksanakan untuk mengoptimumkan tenagakerja berdasarkan kepada keperluan organisasi. Objektif ini memerlukan pekerja yang dilengkapi dengan prestasi dan standard yang tinggi serta sensitif kepada keperluan sosial masyarakat secara amnya.

Seksyen ini disokong oleh unit-unit berikut:

  • Unit Pembangunan Sumber Manusia & Latihan
  • Unit Pembangunan Sistem & Pengambilan

 

...........................................................................................................................................

Seksyen Integriti dan Disliplin

Seksyen ini berperanan untuk menggalakkan peningkatan tahap disiplin dan integriti yang tinggi di kalangan pekerja terhadap arahan-arahan yang ditetapkan oleh Pengurusan Suruhanjaya. Ini dilakukan melalui penganjuran program-program yang dirancang secara teliti bertujuan untuk membentuk budaya kerja cemerlang.

Selain itu, seksyen ini juga bertindak sebagai pusat kaunseling, siasatan dalaman dan juga sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tatatertib SSM.

 

...........................................................................................................................................

Seksyen Pentadbiran & Pengurusan Prasarana

Seksyen ini berperanan sebagai tulang belakang dan penggerak segala aktiviti di setiap jabatan di SSM dengan lebih efisyen dan efektif.

Ianya boleh dicapai melalui fungsi seksyen ini yang bertanggungjawab untuk merancang dan merangka perancangan dan dasar berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pentadbiran pejabat, sistem pentadbiran aset, inventori dan stor.

Di samping itu, seksyen ini juga bertanggungjawab untuk merangka sistem pengurusan peralatan, pembekalan dan perkhidmatan yang standard, merancang program dan dasar untuk meningkatkan kualiti SSM serta mewujudkan Pusat Sumber Suruhanjaya. Fungsi ini disokong melalui empat unit utama seksyen ini seperti berikut :

  1. Unit Perolehan
  2. Unit Pentadbiran
  3. Unit Pengurusan Kualiti
  4. Unit Pengurusan Prasarana