Share

Perubahan Maklumat Perniagaan

Bagaimana untuk memaklumkan perubahan maklumat perniagaan?

1. Memaklumkan kepada pendaftar dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh perubahan menggunakan borang yang telah ditetapkan.

2. Perubahan maklumat perniagaan yang boleh didaftarkan seperti berikut:
(a) Perubahan Alamat Utama Perniagaan (Borang B1)
(b) Perubahan Jenis Perniagaan (Borang B2)
(c) Perubahan Maklumat Cawangan (Borang B3)
(d) Perubahan Maklumat Pemilik Perniagaan (Borang B4)

3. Lengkapkan borang berdasarkan jenis perubahan. Semua jenis perubahan ini boleh dikemukakan serentak. Rujuk Panduan Perubahan Maklumat Perniagaan.

Siapa yang boleh memaklumkan perubahan?

Perubahan Alamat Utama Perniagaan – Pemilik / Salah seorang rakan kongsi
Perubahan Jenis Perniagaan - Pemilik / Salah seorang rakan kongsi
Perubahan Maklumat Perniagaan- Pemilik /Salah seorang rakan kongsi
Perubahan Maklumat Pemilik Perniagaan – Pemilik/ Semua rakan kongsi perlu hadir di kaunter SSM

Berapa fi yang dikenakan?

Fi Perubahan Maklumat Perniagaan – RM20
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan

Bila Sijil Pendaftaran boleh diperolehi?

1 jam dari bayaran