Penamatan Perniagaan

Memaklumkan Penamatan Perniagaan?

1. Memaklumkan Pendaftar dalam masa 30 hari daripada tarikh penamatan melalui Borang Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar (Borang C). Rujuk kepada Panduan Penamatan Perniagaan.

2. Penamatan boleh didaftarkan atas sebab-sebab berikut:

  • Berhenti berniaga
  • Bankrap
  • Kematian pemilik
  • Perintah mahkamah

3. Perniagaan berdaftar yang belum tamat tempoh perakuan pendaftaran perniagaan dibenarkan mendaftarkan penamatan perniagaan.

4. Mendaftarkan penamatan perniagaan atas sebab kematian dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kematian.

5. Bagi perniagaan berdaftar yang telah tamat tempoh, pemilik boleh memohon mendapatkan Surat Pengesahan Penamatan dengan bayaran RM 10.00.

Siapa boleh memaklumkan penamatan?

Pemilik/Semua rakan kongsi

Fi?

Tiada fi dikenakan.

Bila keputusan diperolehi?

Dalam masa 15 minit selepas serahan permohonan.