Share

Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan

Bagaimana Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan?

1. Permohonan Pembaharuan Perniagaan di kaunter SSM dan Bank Simpanan Nasional boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat pendaftaran tamat atau pembaharuan terdahulu menggunakan Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1). Rujuk Panduan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan.

2. Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi satu jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pembaharuan.

3. Perniagaan yang telah tamat melebih 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan tersebut.

Siapa boleh menghantar Borang A1?

Pemilik/ salah seorang rakankongsi/ orang bertanggungjawab yang hadir memajukan Borang A1.

Fi?

Nama tred – RM60 setahun
Nama Personal - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan

Bila Perakuan Pembaharuan Perniagaan diperolehi?

Dalam masa 15 minit daripada pembayaran.

Kesahihan perakuan pendaftaran perniagaan

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Kesahihan Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang Dikeluarkan Menggunakan Kertas A4