Share

Soalan-soalan Lazim

 

S1. Bagaimana saya hendak mendaftar untuk sesebuah program latihan?

J1. Anda boleh fakskan borang pendaftaran kepada kami di talian 03-22994451. Borang pendaftaran ini boleh dimuat turun daripada laman web kami. Borang ini juga boleh didapati daripada ‘Training Directory’.

Pendaftaran hanya diambil kira berdasarkan aspek penerimaan yang awal. Semua pendaftaran MESTI disertakan pembayaran penuh. Kemasukan hanya akan dibenarkan sekiranya pembayaran atau surat jaminan telah diterima.

 

S2. Bagaimana saya hendak membuat pembayaran?

J2. Kami menerima pembayaran melalui kiriman wang / wang pos / draf bank atau cek dan sila buat bayaran atas nama 'SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA'. Pembayaran ini mestilah dibuat selewat-lewatnya satu minggu sebelum tarikh hari program. Sila jangan membuat penghantaran secara tunai. Sila nyatakan nama dan syarikat/institusi peserta di belakang cek.

 

S3. Adakah pendaftaran dikira sah selepas borang difaks?

J3. Tidak. Pendaftaran dikira sah setelah pembayaran sepenuhnya telah dibuat dan peserta telah menerima surat pengesahan daripada COMTRAC.

 

S4. Bolehkah saya menggantikan tempat saya dengan peserta lain?

J4. Tiada polisi pembayaran balik akan dilakukan. Hanya penggantian peserta dibenarkan. Sekiranya peserta gagal menghadirkan diri, peserta tersebut tidak akan diberi pembayaran balik ataupun dibenarkan untuk menghadiri program latihan pada tarikh yang lain.

Penangguhan/Gantian dibenarkan sekiranya COMTRAC dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh program. Segala penangguhan/gantian mestilah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh COMTRAC.

 

S5. Bolehkah saya dapatkan sijil gantian?

J5. sekiranya terdapat kesalahan pada nama atau nombor kad pengenalan yang dilakukan sendiri oleh peserta semasa pendaftaran ataupun kehilangan sijil, peserta akan dikenakan caj sebanyak RM30.00 untuk (setiap keping sijil gantian) bagi tujuan kos pentadbiran.

 

S6. Adakah program akan dibatalkan atau ditangguh?

J6. COMTRAC mempunyai hak untuk menangguh tarikh/tempat dan membatalkan program sekiranya terdapat atas alasan yang tidak dapat dielakkan. Dalam kes pembatalan oleh COMTRAC, bayaran balik sepenuhnya akan diberikan kepada peserta.

 

S7. Adakah saya akan diberi inbois?

J7. Tidak, kecuali dengan permintaan. Borang pendaftaran yang dianggap sebagai inbois rasmi.