Perkhidmatan Undang-undang

Bahagian ini bertanggungjawab menjalankan pendakwaan, menyediakan nasihat perundangan, menyediakan dan menyemak kontrak, mengendalikan kes mahkamah yang melibatkan SSM, bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dalam menjalankan aktiviti anti pengubahan wang haram dan terlibat dalam program latihan/khidmat nasihat yang melibatkan ahli perniagaan dan pegawai syarikat.

Bahagian ini terbahagi kepada tiga seksyen iaitu: 

1. Seksyen Pendakwaan

Mendaftarkan kes-kes di Mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan Akta Syarikat 1965 (Akta 125), dan melaksanakan pendakwaan kes dalam tempoh masa yang sebaik mungkin dan kepentingan SSM.

2. Seksyen Ligitasi

Mengendalikan kes-kes sivil, perbicaraan dan rayuan-rayuan berhubung kes-kes yang dimulakan oleh SSM atau terhadap SSM;  membuat kajian dan penyelidikan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan isu perundangan bagi tujuan pengendalian kes, terutamanya mendapatkan autoriti dan peruntukan undang-undang berkaitan; dan menyediakan afidavit, pliding, hujahan bertulis dan dokumen-dokumen lain untuk difailkan di Mahkamah.

.........................................................................................................................................................................

Serahan suratcara-suratcara kepada Suruhanjaya  

Segala suratcara-suratcara Mahkamah berkenaan Suruhanjaya boleh diserahkan di alamat berikut:

Seksyen Litigasi
Bahagian Perkhidmatan Perundangan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Level 28, Menara SSM@Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur

.........................................................................................................................................................................

3. Seksyen Perundangan

Memberi perkhidmatan perundangan kepada SSM seperti berikut:

  • menyediakan nasihat perundangan;
  • menyediakan dan menyemak kontrak untuk SSM;
  • mentafsirkan undang-undang yang ditadbirkan oleh SSM; dan
  • terlibat dalam program latihan/khidmat nasihat bagi ahli perniagaan dan pegawai syarikat sebagai sebahagian dari strategi pendekatan penguatkuasaan yang seimbang untuk mendidik masyarakat.