Perkhidmatan Pendaftaran
Pendaftaran
Panduan Pendaftaran Perniagaan
- Panduan Permohonan Nama Perniagaan
- Panduan Pendaftaran Perniagaan Baru
- Panduan Perubahan Maklumat Perniagaan
- Panduan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
- Panduan Penamatan Perniagaan
Panduan Permohonan Lesen Juruaudit
- Calon-calon yang ingin mendapatkan lesen juruaudit haruslah menjalani sesi temuduga.
- Lesen juruaudit hanya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan permohonan boleh dibuat ke Bahagian Perakaunan dan Pengurusan.
Panduan Mendaftar Firma Audit
- Pemilik firma / rakan kongsi adalah juruaudit yang diluluskan / pemegang lesen juruaudit yang sah dan berdaftar di Kementerian Kewangan Malaysia.
- Mendapatkan nama firma yang telah diluluskan oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA).
- Menghantar Borang 5 yang lengkap berserta surat kelulusan dari MIA dan surat kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
- Yuran pendaftaran sebanyak RM500.00 dan RM5.00 untuk satu salinan sah dokumen.
- Sekiranya berlaku sebarang perubahan maklumat firma audit, firma adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan perubahan tersebut dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya perubahan.
....................................................................................................................................................................................
- Pemohon bukanlah seorang bankrap;
- Pemohon bukanlah seorang pesalah seperti disebutkan dalam seksyen 130(1) Akta Syarikat 1965;
- Pemohon mestilah menetap di Malaysia; dan
- Pemohon mestilah cukup umur (18 tahun ke atas).
Prosedur Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat
- Dokumen dan bayaran
Dokumen dan bayaran berikut perlu diserahkan ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia:- Borang 48B – Permohonan lesen Setiausaha Syarikat;
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan sijil akademik;
- Dokumen yang boleh mengesahkan pengalaman berkaitan;
- Surat perujuk;
- Gambar bersaiz pasport yang terbaru; dan
- Bayaran permohonan sebanyak RM50.00.
- Pengalaman dan Kelayakan
- Kelayakan minima
- Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf (Kredit dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris).
- Pengalaman
- Pemohon perlu mempunyai pengalaman bekerja berkaitan dengan perkara-perkara perundangan syarikat atau praktis kesetiausahaan syarikat.
- Tempoh pengalaman bekerja
- Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, 5 tahun pengalaman bekerja;
- Pemegang Sijil, Diploma, Ijazah (dalam bidang perundangan, praktis kesetiausahaan syarikat pengurusan pentadbiran syarikat atau perakaunan) perlu 3 tahun, 2 tahun dan 1 tahun pengalaman bekerja.
- Kelayakan minima
- Temuduga
Setiap pemohon perlu menghadiri temuduga yang mana dia akan dinilai pengetahuannya berkaitan undang-undang syarikat atau praktis kesetiausahaan syarikat. - Lesen
Pemohon yang berjaya perlu membayar untuk lesen sebanyak RM150.00 dan lesen yang tempohnya sah selama 3 tahun akan dikeluarkan kepada pemohon. - Pembaharuan Lesen
Bagi memperbaharui lesen setiausaha syarikat seseorang perlu menyerahkan borang permohonan pembaharuan lesen (Borang 48C) bersama bayaran sebanyak RM50.00 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tempoh lesen tamat. Selepas pembaharuan lesen diluluskan pemohon perlu membayar untuk lesen sebanyak RM150.00 dan lesen akan dikeluarkan kepada pemohon.
Peringatan Am
- Format Borang 48B untuk permohonan lesen dan Borang 48C untuk pembaharuan lesen boleh diperolehi dengan merujuk kepada Peraturan Syarikat 1966.
- Setiap borang perlu ditaipkan.










