Perkhidmatan Pendaftaran
Bahagian ini bertanggungjawab untuk mewujudkan proses pendaftaran syarikat dan perniagaan yang teratur dan berkesan di samping melaksanakan urusan pendaftaran selaras dengan peruntukan akta-akta dan peraturan yang ditadbir. Pada masa yang sama Bahagian ini berperanan memastikan pengemaskinian maklumat korporat dibuat dengan tepat dan menepati piagam pelanggan yang ditetapkan.
...........................................................................................................................................
Seksyen Pendaftaran Syarikat
- Carian Nama Syarikat.
- Penubuhan Syarikat.
- Dokumen Am.
- Pendaftaran Gadaian
...........................................................................................................................................
Seksyen Pendaftaran Perniagaan
- Pendaftaran Perniagaan Baru
- Mendaftarkan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
- Menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan atau menggunakan nama ‘tred’
- Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan.
- Mendaftarkan perubahan alamat utama perniagaan. jenis perniagaan dijalankan, penambahan atau penutupan cawangan dan perubahan maklumat pemilik.
- Pembaharuan Perakuan Pendaftaran perniagaan
- Pendaftaran Penamatan Perniagaan
...........................................................................................................................................
Seksyen Skim Kepentingan
- Memastikan pemegang-pemegang skim kepentingan mendapat hak mengguna sepertimana yang dijanjikan dalam surat ikatan amanah.
- Memastikan operator-operator skim kepentingan mematuhi peruntukan Bahagian 5 Penggal IV Akta Syarikat 1965 dan Garis panduan Polisi dan Kehendak-Kehendak Bagi Skim-Skim Kepentingan.
- POLICY GUIDELINES AND REQUIREMENTS FOR SALE OF SHARE-FARMING GROWER'S PLOT
- POLICY GUIDELINES AND REQUIREMENTS FOR TIMESHARING ARRANGEMENTS
- POLICY GUIDELINES AND REQUIREMENTS FOR SALES OF CLUB MEMBERSHIPS
- POLICY GUIDELINES AND REQUIREMENTS ON THE ISSUANCE OF ADVERTISEMENT IN RELATION TO REGISTERED INTEREST SCHEME
- Memastikan pemegang-pemegang amanah menjalankan tanggungjawab mereka melindungi kepentingan pemegang-pemegang skim kepentingan.
- Memastikan industri skim kepentingan boleh mengawalselia sendiri, mewujudkan amalan terbaik dan menghasilkan industri beretika.
...........................................................................................................................................
Seksyen Pengurusan Tadbir Korporat
Menyelenggarakan dan mengawas pemerbadanan Akta Syarikat 1965 bagi permohonan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan mendapat kelulusan Menteri.
- Pemerbadanan syarikat di bawah Seksyen 24(1) Akta Syarikat 1965.
- Pemilikan dan pelepasan tanah di bawah Seksyen 19(2) Akta Syarikat 1965.
- Menggugurkan perkataan ‘Berhad’ di bawah Seksyen 24(2) Akta Syarikat 1965.
- Pelantikan pengarah/pemegang amanah di bawah syarat lesen Seksyen 24(3) Akta Syarikat 1965.
- Meminda Memorandum dan Artikel syarikat di bawah Seksyen 24(4) Akta Syarikat 1965.
- Kutipan derma di bawah syarat lesen seksyen 24(3) Akta Syarikat 1965.
- Lain-lain permohonan di bawah Seksyen 24 Akta Syarikat 1965.
- Menyemak Memorandum dan Artikel SBMJ Biasa (Dengan perkataan ‘Berhad’ di hujung nama).
- Mengawalselia SBMJ yang telah diperbadankan dan memastikan peruntukan Akta Syarikat dan syarat-syarat lesen dipatuhi.
- Melaksanakan dasar dan garis panduan
Menyelenggarakan permohonan korporat
- Memproses permohonan lanjutan masa di bawah Seksyen 143(2) dan Seksyen 169(2) Akta Syarikat 1965.
- Memproses permohonan pengecualian di bawah Seksyen 169A dan 336(5) Akta Syarikat 1965.
- Memproses permohonan kelulusan di bawah Seksyen 168(3) Akta Syarikat 1965 berkaitan dengan perbezaan tahun kewangan di antara anak syarikat dengan syarikat induk.
- Memproses permohonan pelantikan proksi di bawah Seksyen 149(1)(b).
- Mengendalikan propektus yang diserahsimpan di bawah Seksyen 36A(4) Akta Syarikat 1965 berhubung terbitan dan tawaran sekuriti.
- Mengendalikan laporan suku tahunan dan laporan kewangan di bawah Seksyen 36A(7) / Seksyen 80 Akta Syarikat 1965.
- Merekod perintah perlindungan dan skim penyatuan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.
Pendaftaran di bawah Akta Syarikat Amanah 1949
Untuk menyelaras pendaftaran syarikat amanah.
- Menyelenggarakan pendaftaran syarikat amanah.
- Memproses permohonan pendaftaran syarikat amanah.
- Menyelenggarakan temuduga bagi pelantikan pengarah/ketua pegawai eksekutif syarikat amanah.
- Menyediakan laporan temuduga untuk kelulusan pengarah dan ketua pegawai eksekutif.
Garis Panduan
- Garis Panduan dan Senarai Semak Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ)
- Garis Panduan Syarikat Amanah
- Permohonan Pendaftaran Syarikat Amanah Di Bawah Akta Syarikat Amanah 1949
...........................................................................................................................................
Seksyen Insolvensi
- Mengendalikan hal-hal berhubung dengan penggulungan syarikat, pembatalan nama syarikat dan Daftar dan pengurusan aset syarikat defunct.
- Menyimpan rekod syarikat-syarikat yang di dalam proses pembubaran oleh mahkamah dan pembubaran secara sukarela.
- Memastikan pematuhan Akta Syarikat 1965 yang berkaitan dengan penggulingan dan pembubaran syarikat.
- Pembatalan nama syarikat dari daftar di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965.
- Pendaftar mempunyai kuasa membatal nama syarikat dari Daftar jika dia mempercayai syarikat tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi.
- Memproses permohonan pembatalan nama syarikat dari Daftar.
- Pengurusan Aset.
- Mendaftar dan merekod harta-harta yang tertakluk kepada Pendaftar Syarikat di bawah Seksyen 310 Akta Syarikat 1965.










