Penukaran kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

Suatu permohonan untuk bertukar ke PLT daripada :

  1. Perkongsian konvensional; 
  2. Syarikat persendirian; atau
  3. Daripada firma profesional konvensional kepada PLT untuk Amalan Profesional 


Permohonan penukaran kepada PLT 

Pendaftaran dibuat oleh Pegawai Pematuhan yang dilantik oleh PLT iaitu:

  1. Salah seorang rakan kongsi atau setiausaha syarikat (mengikut Akta Syarikat 2016)
  2. Individu  yang merupakan warga negara/penduduk tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas


Prosedur penukaran taraf syarikat 

1. Daripada Perkongsian Konvensional kepada PLT 

    • Nama dan nombor pendaftaran perkongsian konvensional; 
    • Tarikh di mana perkongsian konvensional itu didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau apa-apa undang-undang bertulis lain; 
    • Rakan kongsi terdiri daripada orang yang sama;
    • Bahawa pada tarikh permohonan itu, perkongsian konvensional itu didapati boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan;
    • Nama PLT yang dicadangkan;
    • Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan;
    • Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan; 
    • Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT; dan
    • Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT; 

2. Daripada Syarikat Persendirian kepada PLT 

    • Nama dan nombor pendaftaran syarikat persendirian;
    • Tarikh syarikat persendirian itu diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965; 
    • Bahawa pada tarikh permohonan, syarikat persendirian itu didapati boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan;
    • Bahawa pada tarikh permohonan, semua fi statutori yang tertunggak atau apa-apa amaun yang terhutang kepada mana-mana agensi kerajaan telah dijelaskan; 
    • Bahawa syarikat persendirian itu telah menyiarkan suatu iklan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan menerbitkan suatu pemberitahuan dalam Warta tentang niatnya untuk bertukar kepada PLT;
    • Bahawa semua pemiutangnya telah bersetuju dengan permohonan untuk bertukar kepada PLT; 
    • Semua pemegang saham dan pemiutang bersetuju dengan pertukaran
    • Nama PLT yang dicadangkan;
    • Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan;
    • Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan; 
    • Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT; dan
    • Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT; 

3. Daripada firma profesional konvensional kepada PLT untuk Amalan Profesional

    • Nama dan nombor pendaftaran (jika ada) firma profesional konvensional itu; 
    • Tarikh dimana firma profesional konvensional itu didaftarkan di bawah undang-undang berkaitan; 
    • Bahawa pada tarikh permohonan, firma profesional konvensional didapati boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan; 
    • Surat kelulusan atau surat tiada bantahan dairpada badan kawal selia sebagaimana ditetapkan dalam ruang ketiga Jadual Pertama Akta PLT 2012; 
    • Nama PLT yang dicadangkan;
    • Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan;
    • Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan; 
    • Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT; dan
    • Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT; 


Fi pendaftaran

Fi penukaran PLT adalah RM500.00

Nota:

  1. Hanya notis pertukaran taraf akan dikeluarkan.
  2. Sijil perakuan pertukaran taraf syarikat hanya akan diberikan apabila permohonan dibuat berserta bayaran yang ditetapkan.