PEMBERITAHUAN BERKENAAN PELAKSANAAN SERAH SIMPAN ‘NOTIFICATION OF CHANGE IN THE REGISTER OF DIRECTORS, MANAGERS, AND SECRETARIES’ SECARA MANDATORI DI BAWAH SEKSYEN 58, AKTA SYARIKAT 2016 MELALUI PORTAL MyCoID2016

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada hari ini mengumumkan pelaksanaan serah simpan ‘Notification of Change Particulars of Officers’ (“CPO”) di bawah Seksyen 58 Akta Syarikat 2016 melalui portal MyCoID 2016.  

Susulan daripada pelaksanaan portal MyCoID2016, Pendaftar Syarikat telah menetapkan bahawa serah simpan CPO hendaklah dibuat secara mandatori melalui Portal MyCoID2016 berkuatkuasa 1 Mac 2018. 

Manual pengguna berhubung tatacara pengisian dan serah simpan notifikasi CPO tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

https://mycoid2016.ssm.com.my/document/MyCoID2016 User_Manual.pdf 

Bermula pada 1 Mac 2018, CPO tidak boleh di serah simpan melalui kaunter SSM. 

 

PENDAFTAR SYARIKAT
7 Februari 2018