Pendakwaan & Litigasi

Bahagian ini bertanggungjawab menjalankan pendakwaan dan mengendalikan kes mahkamah yang melibatkan SSM.

Bahagian ini terbahagi kepada dua seksyen iaitu: 

1. Seksyen Pendakwaan

Mendaftarkan kes-kes di Mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2002, Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2015, Akta Syarikat 2016, Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Syarikat 1965 (Akta 125), Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197), Akta Syarikat Amanah 1949 dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan melaksanakan pendakwaan untuk kepentingan SSM dan orang awam secara amnya. Selain itu, menghadiri kes-kes rayuan di Mahkamah Tinggi.

2. Seksyen Ligitasi

Mengendalikan kes-kes sivil, perbicaraan dan rayuan-rayuan berhubung kes-kes yang dimulakan oleh SSM atau terhadap SSM, membuat kajian dan penyelidikan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan isu perundangan bagi tujuan pengendalian kes, terutamanya mendapatkan autoriti dan peruntukan undang-undang berkaitan, dan menyediakan afidavit, pliding, hujahan bertulis dan dokumen-dokumen lain untuk difailkan di Mahkamah.

.........................................................................................................................................................................

Serahan suratcara-suratcara kepada SSM  

Segala suratcara-suratcara Mahkamah berkenaan SSM boleh diserahkan di alamat berikut:

Seksyen Litigasi
Bahagian Pendakwaan & Litigasi
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tingkat 28, Menara SSM@Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur

Penyampaian sepina hendaklah dibuat secara terus kepada kakitangan tertentu daripada Bahagian atau Seksyen berkaitan dalam SSM yang dipertanggungjawab mengenai isu atau perkara berkenaan bagi tujuan guaman sivil tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam mengenal pasti kakitangan tertentu yang dipertanggungjawab mengenai isu atau perkara berkenaan bagi tujuan sepina tersebut, sila berhubung dengan Seksyen Litigasi.

Walaubagaimanapun, SSM berhak untuk membuat sebarang bantahan terhadap apa-apa penyampaian sepina kepada kakitangannya sejajar dengan proses undang-undang di Malaysia sekiranya perlu.

.........................................................................................................................................................................