Pematuhan

Pematuhan

Bahagian ini berperanan meningkatkan tahap pematuhan korporat dengan menerapkan nilai-nilai tadbir urus korporat yang baik menerusi program pendidikan berterusan dan usaha pemantauan serta penguatkuasaan yang berkesan. Dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu:

  • Seksyen Pemantauan
  • Seksyen Pengawasan Akaun Korporat
  • Seksyen Intermediari Korporat

 

...........................................................................................................................................

Seksyen Pemantauan


Unit Pemeriksaan

  • Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan  ke atas syarikat dan perniagaan untuk memastikan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965 serta Kaedah-Kaedah dan Peraturan-peraturan di bawahnya dipatuhi.
  • Menjalankan pemantauan melalui sistem ke atas syarikat-syarikat yang gagal menyerahsimpan dokumen berkanun di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Mengeluarkan notis tawaran kompaun kepada pemilik perniagaan, syarikat dan pegawai-pegawai syarikat bagi kesalahan di bawah peruntukan akta berkaitan.
  • Merujuk kes ke Bahagian Siasatan untuk tindakan siasatan.
  • Merujuk kes ke Bahagian Pendakwaan untuk tindakan pendakwaan.

 

Unit Pengurusan Kompaun

  • Bertanggungjawab mengurus sistem pemantauan kompaun yang efektif dan terkawal.
  • Memantau  status notis kompaun yang ditawarkan.
  • Merujuk kes ke Bahagian Pendakwaan untuk tindakan pendakwaan.

...........................................................................................................................................

Seksyen Pengawasan Akaun Korporat


Unit Pengawasan Laporan Korporat

Unit ini bertanggungjawab menyemak Penyata Kewangan yang telah diserahsimpan agar mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965 serta piawaian perakaunan yang diluluskan serta mengkueri Penyata Kewangan yang mengelirukan atau bermasalah.

 

Unit Pengawasan Skim Kepentingan dan Syarikat Amanah

Unit ini menjalankan pemeriksaan ke atas kelab golf, rekreasi dan kongsi masa yang telah didaftarkan untuk memastikan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan garis panduan dipatuhi.

 

Unit Pengawasan Juruaudit

Unit ini memantau juruaudit yang telah mempunyai lesen yang diperolehi dari Kementerian Kewangan Malaysia, dari segi kemungkinan-kemungkinan kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Syarikat 1965. Selain daripada itu, unit ini juga bertanggungjawab untuk mendaftar firma audit baru dan seterusnya memantau firma audit di seluruh Malaysia yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

...........................................................................................................................................

Seksyen Intermediari Korporat

Seksyen ini memproses permohonan dan pembaharuan lesen setiausaha dan menjalankan kerja-kerja pemantauan serta penyimpanan dan penambahbaikan pengkalan data setiausaha syarikat.

 

Unit Pelesenan Setiausaha

Menjalankan tanggungjawab berikut:

  • Menemuduga permohonan baru.
  • Mengeluarkan lesen setiausaha syarikat.
  • Mengeluarkan lesen pembaharuan setiausaha syarikat.

 

Unit Pemantauan Setiausaha

  • Memastikan pematuhan setiausaha syarikat di bawah peruntukan Akta Syarikat.
  • Menjalankan penguatkuasaan di bawah seksyen 139A, 139C(3) dan 364(2) terhadap setiausaha berlesen dan setiausaha dari badan professional yang diiktiraf.
  • Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengarah-pengarah syarikat khusus di bawah seksyen 139C(3) yang membenarkan setiausaha syarikat bertindak secara berterusan selepas hilang kelayakan.
  • Memastikan pematuhan syarikat di bawah seksyen 139(1B) iaitu syarikat beroperasi tanpa setiausaha melebihi tempoh satu bulan.
  • Menjalankan pemantauan terhadap pengendalian kursus sijil kesetiausahaan syarikat yang dikendalikan oleh sembilan (9) institusi yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.

 

Badan-Badan Profesional

 

Ahli-ahli dari badan professional yang diiktiraf boleh bertindak sebagai setiausaha syarikat tanpa perlu mendapatkan lesen di bawah Seksyen 139A(b) Akta Syarikat 1965 daripada Pendaftar Syarikat. Sehingga tahun 2007 terdapat  tujuh (7) badan professional yang telah diiktiraf oleh YB. Menteri bagi tujuan seksyen 139A Akta Syarikat 1965

 

Senarai Badan-Badan Profesional:-

  • Institut Akauntan Malaysia (MIA);
  • Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA);
  • Persatuan Institut Akauntan Awam Bertauliah (MICPA);
  • Majlis Peguam Malaysia;
  • Persatuan Peguambela Sarawak;
  • Persatuan Undang-Undang Sabah; dan
  • Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS).