Pembubaran Perkongsian Liabiliti Terhad

Seksyen 50 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 terpakai untuk pembubaran secara sukarela sesuatu perkongsian liabiliti terhad.

S.51 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 Kuasa Pendaftar untuk memotong perkongsian liabiliti daripada daftar terhad kepada Pendaftar. Tiada garispanduan yang dikeluarkan untuk permohonan pemotongan nama PLT. Maka, tiada permohonan yang dibenarkan di bawah peruntukan ini. 


Bagaimanakah cara untuk menghantar permohonan?

Permohonan boleh dihantar melalui atas talian di https://www.myllp.com.my


Siapakah yang boleh menghantar permohonan? 

Pemohon mestilah salah seorang pekongsi dan didaftarkan sebagai salah seorang Pengguna Sah atau Pengguna Sah Profesional. Pegawai Pematuhan yang juga sebagai seorang pekongsi juga boleh memohon. 


Yuran ?

RM100


Yuran Lanjutan Tempoh Masa

Jika pemohon tidak boleh  menghantar permohonan dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan lanjutan masa yang lebih lama kepada Pendaftar boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dengan bayaran RM 50. Lanjutan tempoh masa yang diberikan oleh Pendaftar adalah tidak lebih 30 hari dari tempoh 7 hari tersebut. 


Bolehkah pemohon menarik semula permohonan ? Adakah sebarang bayaran dikenakan? 

Pemohon boleh menarik semula permohonan bila-bila masa sebelum pengakuan pembubaran dilakukan oleh Pendaftar dengan secara bertulis kepada Pendaftar dan menyatakan sebab-sebab penarikan semula permohonan tersebut. Yuran yang dikenakan ialah RM100

Adakah sesiapa sahaja boleh membuat bantahan?

Mana-mana pekongsi dan pemiutang PLT boleh membuat bantahan terhadap cadangan pembubaran PLT dalam masa 30 hari dari tarikh pengeposan notis berdasarkan perenggan 4(a) atau penerbitan  notis di surat akhbar berdasarkan perenggan 4 (c), mana-mana yang terkemudian. Bantahan secara bertulis boleh dibuat kepada Pendaftar ke alamat :

Pengarah, 
Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran ( Seksyen Insolvensi)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 
Tingkat 19, Menara SSM@Sentral, 
No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, 
Kuala Lumpur Sentral, 
50623 Kuala Lumpur. 
Emel: enquiry@ssm.com.my


Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?

Pemohon harus memuatnaik : 

  1. Suatu Notis bertulis daripada Lembaga Hasil dalam Negeri yang menyatakan bahawa ia tiada bantahan terhadap Pendaftar untuk membuat perisytiharan pembubaran bagi perkongsian liabiliti terhad. 
  2. Suatu salinan notis yang dihantar kepada semua pekongsi di bawah Seksyen 50(4) (Notis kepada pekongsi-pekongsi + bukti penerimaan resit/ pos berdaftar);
  3. Salinan-salinan penerbitan di dalam surat khabar (contoh : Iklan di dalam akhbar Bahasa Melayu & iklan di dalam akhbar Bahasa Inggeris); dan 
  4. Surat Akuan Berkanun di bawah Seksyen 50(3). 


Rujukan:

Garis Panduan Pengisytiharan Pembubaran Dalam Penggulungan Secara Sukarela Sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad

  • Contoh iklan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris disediakan di dalam garis panduan. Sila rujuk Lampiran A untuk Bahasa Malaysia & Lampiran B untuk Bahasa Inggeris 
  • Contoh Surat Akuan Berkanun disediakan di dalam garis panduan.   Ia mesti di sahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Sila rujuk Lampiran C.

Sila ambil maklum :

  • Borang 16 & 17 tidak terpakai untuk permohonan atas talian 
  • Permohonan mesti dihantar dalam masa 7 hari dari tarikh notis kepada pekongsi/tarikh notis diiklankan di surat khabar ( mana-mana yang terkemudian)
  • Pemohon perlu melengkapkan templat di atas talian : 
  1. VW101- Notis Akuan Pembubaran 
  2. VW107- Notis Penyelesaian Pengagihan Aset (dalam masa 14 hari selepas lebihan aset telah diagihkan)

*VW 107 harus dilengkapkan dan diserahkan walaupun PLT tersebut tiada aset/lebihan aset.