Polisi dan Pembangunan Korporat

Bahagian ini bertanggungjawab untuk:

  • Menjalankan kaji selidik dan semakan semula terhadap undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh SSM bagi memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan semasa;
  • Mengkoordinasi dan memperkukuhkan hubungan di antara pihak berkuasa kerajaan, agensi kawal selia, badan profesional dan lain-lain pentadbir korporat antarabangsa;
  • Menyediakan analisa maklumat dan statistik daripada pangkalan data SSM untuk penyediaan laporan berkualiti berhubung persekitaran perniagaan dan korporat negara; dan
  • Menjalankan perancangan strategik untuk SSM melalui perancangan korporat, pengurusan aktiviti pengurusan dan pemantauan projek.

Bahagian ini dibahagikan kepada tiga Seksyen, iaitu:

  • Seksyen Penyelidikan, Polisi, Perundangan & Hubungan Antarabangsa

Menjalankan penyelidikan berhubung polisi dan perundangan, membuat semakan dan gubalan berhubung undang-undang dan peraturan korporat sedia ada. Seksyen ini juga membina, membangun dan mengekalkan hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti badan–badan kawal selia dan profesional di dalam dan luar negara.

  • Seksyen Statistik, Penyelidikan Strategik & Pelaporan

Menganalisa dan mengumpulkan statistik berkaitan syarikat dan perniagaan, serta laporan ekonomi bagi tujuan laporan secara berkala dan tahunan.

  • Seksyen Perancangan Korporat

Memastikan perlaksanaan pelan hala tuju strategik melalui pemantauan dan mengkoordinasi status aktiviti dan projek yang sedang dijalankan oleh SSM. Seksyen ini juga bertanggungjawab menguruskan aktiviti perancangan perniagaan dan pelan tindakan tahunan; melaksanakan pelan pengurusan pengetahuan serta tanggungjawab korporat SSM.