Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan
Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan
Fungsi bahagian ini adalah untuk memberikan maklumat tentang syarikat dan perniagaan dengan cepat dan cekap sehingga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan. Selain itu, bahagian ini juga mengembangkan produk dan perkhidmatan baru untuk meningkatkan sumber pendapatan untuk SSM.
...........................................................................................................................................
- Menentukan saluran hasil kewangan alternatif.
- Mengenalpasti kehendak pelanggan dan menjangka tingkah laku pelanggan melalui kajian pasaran.
- Membangunkan konsep-konsep produk baru dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Berkerjasama dengan Seksyen Komunikasi Korporat untuk memasarkan produk dan perkhidmatan.
...........................................................................................................................................
Seksyen Pengurusan Pelanggan
- Memberikan layanan kepada aduan pelanggan dan membangunkan sebuah sistem pengurusan aduan.
- Menetapkan polisi dan prosedur berkenaan perkhidmatan pelanggan untuk digunakan di ibu pejabat dan pejabat-pejabat cawangan.
- Menjalankan dan memantau perkhidmatan 'helpdesk/hotline' yang disampaikan kepada umum.
- Mengambil tindakan proaktif bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan.
...........................................................................................................................................
- Membekalkan maklumat melalui kaunter dan pos.
- Membekalkan lain-lain perkhidmatan maklumat nilai ditambah kepada umum.
- Mengurus dan menyelenggarakan fasiliti-fasiliti pencarian dokumen.
- Memberikan perkhidmatan sokongan produk kepada pelanggan.
...........................................................................................................................................
Seksyen Pengurusan Dokumen










