SSM DAKWA PENGARAH SYARIKAT GLITTER SUMMER SDN BHD DI BAWAH SEKSYEN 364(2) AKTA SYARIKAT 1965

BUTTERWORTH - Pengarah syarikat Glitter Summer Sdn Bhd iaitu Tan Gin Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 Butterworth hari ini terhadap satu pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung dengan kenyataan juruaudit iaitu Yee Choon Kong yang mana syarikat Glitter Summer Sdn Bhd tidak pernah melantik Yee Choon Kong sebagai juruaudit syarikat.

Tan Gin Ling, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Puan Norhayati Bt Mohamad Yunus.

Tan Gin Ling didakwa melakukan kesalahan itu mengikut seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa daripada SSM iaitu Rashidi Shamuddin manakala Tan Gin Ling diwakili peguam Shamsher Singh Sidhu.

Puan Norhayati Bt Mohamad Yunus menetapkan 7 Mac 2018 untuk sebutan semula kes.

DIKELUARKAN OLEHSURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH 05 FEBRUARI 2018