Perhubungan Awam

Peranan utama seksyen perhubungan awam untuk bertindak sebagai pusat saluran komunikasi utama SSM kepada pihak luar, orang awam dan merupakan pusat perhubungan bagi pihak media. Selain itu, seksyen ini juga berfungsi untuk merancang, menganjur dan menguruskan majlis serta program-program publisiti, promosi dan pendidikan berterusan ke arah menyemai amalan tadbirurus korporat yang baik dipraktikkan.

Sebagai pusat perhubungan utama SSM, adalah menjadi tanggungjawab seksyen ini untuk membina dan mewujudkan rangkaian kerjasama yang baik dan rapat dengan pihak media, industri, persatuan dan badan kawalselia tempatan serta antarabangsa.

Dalam menyalurkan maklumat yang berkualiti kepada orang awam, dua media utama digunakan iaitu melalui penerbitan maklumat korporat secara bercetak dan elektronik. 

Bagi memastikan implementasi strategik semua program dapat dilaksanakan dengan baik, seksyen ini dibahagi kepada dua unit seperti berikut:

  • Unit Perhubungan Awam
  • Unit Pengurusan Majlis