Share
SOALAN LAZIM
Bil. Soalan Jawapan
1

Bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan?

a. Jika pemohon menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan bagi nama perniagaan:

  • Pemohon tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan;
  • Pemohon hendaklah melengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) berserta salinan kad pengenalan
  • Fi pendaftaran RM30.00

b. Jika pemohon menggunakan nama tred sebagai nama perniagaan:

  • Pemohon hendaklah membuat permohonan kelulusan nama perniagaan (Borang PNA.42).
  • Setelah nama perniagaan diluluskan, pemohon melengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru)
  • Sertakan salinan kad pengenalan dan surat kebenaran dari Agensi Kerajaan (jika berkenaan) dan
  • Fi pendaftaran RM60.00
2

Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Perakuan Pendaftaran Perniagaan?

Pemohon hendaklah melengkapkan Borang A1 dengan fi pendaftaran :
Perniagaan (nama sendiri) – RM30.00 untuk setahun
Perniagaan (nama tred)     - RM60.00 untuk setahun

3

Apakah borang yang digunakan untuk membuat perubahan kepada maklumat perniagaan seperti alamat perniagaan, menambah jenis perniagaan, alamat cawangan dan maklumat pemilik?

Pemilik perlu memaklumkan kepada Pendaftar dalam masa 30 hari daripada tarikh perubahan dengan memajukan Borang berikut:
(a) Borang B1 - Perubahan alamat utama
(b) Borang B2 – Perubahan jenis perniagaan
(c) Borang B3 – Perubahan alamat cawangan
(d) Borang B4 – Perubahan maklumat pemilik
Fi pendaftaran – RM20.00

4

Bolehkah sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 membuka perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?

Menurut seksyen 4 Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta ini hendaklah tidak terpakai kepada perniagaan yang dipunyai sepenuhnya dan dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

5

Bolehkah perniagaan perkongsian menukar statusnya kepada milik tunggal?

Perniagaan perkongsian boleh menukar statusnya kepada milik tunggal dengan mendaftarkan perubahan berkenaan menggunakan Borang B4 (kemasukan rakan kongsi baru) dengan fi pendaftaran sebanyak RM20.00

6

Selain daripada pengalaman dan kelayakan, apakah keperluan lain untuk mendapat lesen setiausaha syarikat?

Pemohon perlu menduduki ujian bertulis dan  menghadiri temuduga yang mana dia akan dinilai pengetahuannya berkaitan undang-undang dan peraturan syarikat atau amalan kesetiausahaan syarikat, Nota Praktis dan Kod Etika Setiausaha  Syarikat yang diisu oleh SSM.  Lesen hanya akan dikeluarkan kepada calon yang berjaya.

7

Apakah bentuk perniagaan yang boleh didaftarkan?

Terdapat 2 bentuk perniagaan iaitu :

  1. Perniagaan milikan tunggal (seorang pemilik)
  2. Perniagaan perkongsian (2 sehingga 20 orang pemilik)
8

Berapakah jumlah bayaran untuk perniagaan milik tunggal dan perniagaan perkongsian?

(a) Fi pendaftaran perniagaan bagi perniagaan milik tunggal yang menggunakan nama sendiri seperti yang terdapat di kad pengenalan adalah RM30.00.
(b) Fi pendaftaran bagi perniagaan milik tunggal menggunakan nama tred adalah RM60.00.
(c) Fi pendaftaran bagi perniagaan perkongsian adalah RM60.00.

9

Bolehkah sebuah perniagaan menukar nama perniagaan?

Tiada peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 membenarkan sebuah perniagaan menukar nama perniagaan. Pemilik perlu mendaftar sebuah perniagaan baru menggunakan nama baru perniagaan.

10

Bolehkah sebuah perniagaan yang telah luput tempoh perakuan pendaftaran melebihi 12 bulan memperbaharui pendaftaran perniagaan?

Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan.

11

Berapa lamakah jangkamasa pendaftaran baru atau pembaharuan sesebuah perniagaan?

Sebuah perniagaan boleh didaftarkan atau diperbaharui bagi satu jangkamasa tidak melebihi lima (5) tahun.

12

Bagaimana untuk memastikan pegawai yang menjalankan pemeriksaan adalah dari SSM?

Pegawai SSM dikehendaki untuk menunjukkan kad kuasa sebagai Penolong Pendaftar Syarikat / Perniagaan dan Pemeriksa Perniagaan sebelum pemeriksaan dijalankan.

13

Di manakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi?

Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi di  mana-mana kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di Ibupejabat atau Pejabat Negeri kecuali Sabah dan Sarawak. Pemilik juga boleh muat turun Borang Pendaftaran Perniagaan melalui laman web SSM iaitu  www.ssm.com.my

14

Dimanakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh dimajukan?

Borang Pendaftaran Perniagaan boleh dimajukan di Kaunter Pejabat SSM sama ada di Ibupejabat atau Pejabat SSM Negeri kecuali di Sabah dan Sarawak. Permohonan juga boleh dimajukan secara dalam talian melalui perkhidmatan e-Lodgement SSM dengan melayari laman web SSM iaitu www.ssm.com.my atau laman web Portal MAMPU iaitu www.malaysia.gov.my