Share
SOALAN LAZIM
Bil. Soalan Jawapan
1

Apakah syarat untuk mendaftarkan perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian?

  • Pemilik/rakan kongsi mesti warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Perniagaan dijalankan mestilah di Semenanjung Malaysia atau Wilayah Persekutuan Labuan
2

Apakah bentuk perniagaan yang boleh didaftarkan?

Terdapat 2 bentuk perniagaan iaitu :

  • Perniagaan milikan tunggal (seorang pemilik)
  • Perniagaan perkongsian (2 sehingga 20 orang pemilik)

 

3

Bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan?

A. Jika pemohon menggunakan nama sendiri seperti di MYKAD/MYPR sebagai nama perniagaan:

  • Pemohon hendaklah melengkapkan Borang  Pendaftaran Perniagaan (Borang A); dan
  • Fi pendaftaran RM30.00

B. Jika pemohon menggunakan nama tred sebagai nama perniagaan:

  • Pemohon hendaklah melengkapkan permohonan nama perniagaan (Borang PNA.42); dan
  • Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan      (Borang A); dan
  • Fi pendaftaran RM60.00

C. Dokumen perlu dilampirkan

  • Salinan MYKAD/MYPR
  • Surat kebenaran/kelulusan dari agensi berkenaan jika jenis/aktiviti perniagaan yang didaftarkan memerlukan kebenaran

 

4

Bolehkah sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 mendaftarkan perniagaan?

Menurut seksyen 4,  Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai kepada perniagaan yang dipunyai sepenuhnya dan dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

5

Apakah borang yang digunakan untuk membuat perubahan kepada maklumat perniagaan dan pemilik?

Maklumkan kepada Pendaftar dalam masa 30 hari daripada tarikh perubahan dengan memajukan Borang Perubahan Maklumat Perniagaan (Borang B) bagi perubahan berikut:

  • Alamat utama
  • Jenis perniagaan
  • Alamat cawangan
  • Maklumat pemilik

Fi pendaftaran RM20.00

6

Bolehkah perniagaan perkongsian menukar statusnya kepada milik tunggal?

Perniagaan perkongsian boleh menukar statusnya kepada milik tunggal atau sebaliknya iaitu milik tunggal kepada perkongsian melalui perubahan pemilik dengan mengemukakan  (Borang B) beserta fi pendaftaran sebanyak RM20.00

7

Bolehkah pemilik perniagaan menukar sesuatu nama perniagaan berdaftar?

Tiada peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 membenarkan sebuah firma perniagaan menukar nama perniagaan. Pemilik boleh mendaftar sebuah perniagaan baru dengan menggunakan nama perniagaan yang baru.

8

Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Perakuan Pendaftaran Perniagaan?

Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1) dan dengan fi pendaftaran:

  • Perniagaan (nama sendiri) - RM30.00  setahun
  • Perniagaan (nama tred)     - RM60.00  setahun

Pembaharuan perakuan pendaftaran boleh dibuat bila-bila masa sebelum tamat pendaftaran
 

9

Bolehkah sebuah perniagaan yang telah tamat tempoh perakuan pendaftaran melebihi 12 bulan memperbaharui pendaftaran perniagaan?

Tidak boleh. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan.

10

Berapa lamakah tempoh jangkamasa pendaftaran perniagaan atau pembaharuan sesebuah perniagaan?

Sebuah perniagaan boleh didaftarkan pendaftaran atau diperbaharui pendaftaran bagi tempoh jangkamasa tidak melebihi lima (5) tahun iaitu satu (1) sehingga lima(5) tahun dengan kadar fi yang ditetapkan

11

Bagaimanakah untuk mendaftarkan penamatan perniagaan?

Pemilik perlu memaklumkan kepada Pendaftar dalam masa 30 hari daripada tarikh operasi perniagaan berhenti. Bagi kes kematian pemilik perniagaan, waris/Orang yang Bertanggungjawab (OYB) dalam masa 4 bulan dari tarikh  kematian memaklumkan kepdaa Pendaftar. Lengkapkan Borang  Pemberitahuan Penamatan Perniagaan berdaftar (Borang C) bagi pendaftaran yang masih aktif. Borang C tidak perlu dimajukan bagi perniagaan berdaftar yang telah tamat tempoh pendaftaran.

12

Bagaimanakah untuk mengesahkan penamatan perniagaan sekiranya borang C tidak dikemukakan?

Pemilik boleh mendapatkan Surat Pengesahan Penamatan di kaunter SSM berhampiran atau melalui perkhidmatan e-Info.

13

Di manakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi?

Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi di  mana-mana kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali Pejabat SSM Sabah dan Sarawak. Pemilik juga boleh muat turun Borang Pendaftaran Perniagaan melalui laman web SSM (www.ssm.com.my)

14

Dimanakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh dimajukan?

Borang Pendaftaran Perniagaan boleh dimajukan di kaunter Pejabat SSM berhampiran kecuali di Pejabat SSM Sabah dan Sarawak. Permohonan juga boleh dimajukan secara dalam talian melalui perkhidmatan e-Lodgement SSM dengan melayari laman web SSM (www.ssm.com.my) atau laman web Portal MAMPU (www.malaysia.gov.my)

15

Apakah perkara yang terlibat di dalam pindaan Kaedah -kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014

Pindaan kepada KPP (Pindaan) 2014 adalah berkaitan Borang Pendaftaran Perniagaan dan Perakuan Pendaftaran Perniagaan seperti berikut :

a. Pendaftaran Perniagaan (Borang A) iaitu melibatkan perubahan 4 mukasurat kepada 2 mukasurat.
b. Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan (Borang B), iaitu melibatkan perubahan 8 mukasurat kepada 2 mukasurat.
c. Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar (Borang C) iaitu  melibatkan perubahan 2 mukasurat kepada 1 mukasurat.
d. Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1) iaitu kekal 1 mukasurat
e. Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) dan Perakuan Pembaharuan Pendaftaran (Borang E)

16

Adakah panduan disediakan bagi melengkapkan format baru Borang A, B, C dan A1?

Panduan boleh diperolehi melalui saluran berikut :

  • semasa muat turun Borang melalui laman web SSM (www.ssm.com.my)
  • Kaunter SSM yang berhampiran
17

Apakah sebarang perubahan untuk melengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A)?

Perubahan melengkapkan Borang A adalah seperti berikut :

Lengkapkan maklumat utama perniagaan seperti alamat utama, tarikh mula berniaga, jenis perniagaan,alamat cawangan (jika ada) dan butiran pemilik. Perbezaan adalah seperti berikut:

  • Sekiranya terdapat lebih daripada dua cawangan, maklumat cawangan berikutnya perlu dilengkapkan dalam helaian baru di muka surat 2 Borang A. 
  • Sekiranya terdapat lebih daripada dua pemilik, maklumat pemilik berikutnya perlu dilengkapkan dalam helaian baru di mukasurat 2 Borang A. Ruang pengesahan pemilik/rakan kongsi perlu ditandatangani oleh pemilik yang dicatatkan namanya di muka surat tersebut.
  • Lengkapkan nama penuh, no. MYKAD/MYPR dan tandatangan di ruang akhir Borang A semasa pembayaran dilakukan di hadapan petugas kaunter.
18

Apakah sebarang perubahan untuk melengkapkan Borang Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan (Borang B)?

Perubahan melengkapkan Borang B adalah seperti berikut :

  • Perubahan alamat utama, jenis perniagaan, alamat cawangan dan maklumat pemilik perlu dilengkapkan di dalam Borang B yang sama.
  • Tandakan jenis perubahan di kotak disediakan dan lengkapkan maklumat berkaitan.
    Contoh:
    Tandakan kotak perubahan alamat utama dan lengkapkan Maklumat A.
  • Lengkapkan nama penuh, no. MYKAD/MYPR dan tandatangan di ruang akhir Borang B semasa pembayaran dilakukan di hadapan petugas kaunter.
19

Apakah sebarang perubahan untuk melengkapkan Borang Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar (Borang C)?

Perubahan melengkapkan Borang C adalah seperti berikut :

  1. Tandakan jenis penamatan dan tarikh penamatan di baris yang sama.
  2. Lengkapkan nama penuh, no. MYKAD/MYPR dan tandatangan di ruang akhir Borang C di hadapan petugas kaunter.

 

20

Apakah sebarang perubahan untuk melengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1)?

Perubahan melengkapkan Borang A1 adalah seperti berikut :
Maklumat pembaharuan perlu dilengkapkan. Perbezaan adalah seperti berikut:

  1. Lengkapkan dan kemaskini nombor telefon bimbit pemilik  (jika ada)
  2. Lengkapkan nama penuh pemilik, no. MYKAD/MYPR dan no. telefon bimbit. Borang A1 boleh ditandatangani oleh pemilik atau Orang Yang Bertanggungjawab (OYB).
21

Mengapa maklumat no. telefon bimbit terkini pemilik perlu dilengkapkan?

No. telefon bimbit terkini akan dikemaskini dalam data maklumat pemilik perniagaan di pengkalan data sistem CBSROB SSM. Ia akan digunakan untuk memberi makluman kepada pemilik misalnya bagi tujuan peringatan pembaharuan atau lain-lain program yang dianjurkan oleh SSM pada masa hadapan.

22

Adakah sebarang tempoh peralihan bagi kuatkuasa penggunaan format baru Borang Pendaftaran Perniagaan?

Pemohon masih dibenarkan menggunakan dan mengemukakan borang-borang pendaftaran format lama di kaunter SSM sehingga 1 Mei 2014.