FAQ
| No. | Question | Answer |
|---|---|---|
| 1 |
Di manakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi? |
Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi di mana-mana kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di Ibupejabat atau Pejabat Negeri kecuali Sabah dan Sarawak. Pemilik juga boleh muat turun Borang Pendaftaran Perniagaan melalui laman web SSM iaitu www.ssm.com.my |
| 2 |
Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Perakuan Pendaftaran Perniagaan? |
Pemohon hendaklah melengkapkan Borang A1 dengan fi pendaftaran : |
| 3 |
Berapa lamakah jangkamasa pendaftaran baru atau pembaharuan sesebuah perniagaan? |
Sebuah perniagaan boleh didaftarkan atau diperbaharui bagi satu jangkamasa tidak melebihi lima (5) tahun. |
| 4 |
Bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan? |
a. Jika pemohon menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan bagi nama perniagaan:
b. Jika pemohon menggunakan nama tred sebagai nama perniagaan:
|
| 5 |
Bolehkah sebuah perniagaan yang telah luput tempoh perakuan pendaftaran melebihi 12 bulan memperbaharui pendaftaran perniagaan? |
Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan. |
| 6 |
Apakah bentuk perniagaan yang boleh didaftarkan? |
Terdapat 2 bentuk perniagaan iaitu :
|
| 7 |
Bolehkah sebuah perniagaan menukar nama perniagaan? |
Tiada peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 membenarkan sebuah perniagaan menukar nama perniagaan. Pemilik perlu mendaftar sebuah perniagaan baru menggunakan nama baru perniagaan. |
| 8 |
Berapakah jumlah bayaran untuk perniagaan milik tunggal dan perniagaan perkongsian? |
(a) Fi pendaftaran perniagaan bagi perniagaan milik tunggal yang menggunakan nama sendiri seperti yang terdapat di kad pengenalan adalah RM30.00. |
| 9 |
Bolehkah perniagaan perkongsian menukar statusnya kepada milik tunggal? |
Perniagaan perkongsian boleh menukar statusnya kepada milik tunggal dengan mendaftarkan perubahan berkenaan menggunakan Borang B4 (kemasukan rakan kongsi baru) dengan fi pendaftaran sebanyak RM20.00 |
| 10 |
Bolehkah sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 membuka perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956? |
Menurut seksyen 4 Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta ini hendaklah tidak terpakai kepada perniagaan yang dipunyai sepenuhnya dan dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. |
| 11 |
Apakah borang yang digunakan untuk membuat perubahan kepada maklumat perniagaan seperti alamat perniagaan, menambah jenis perniagaan, alamat cawangan dan maklumat pemilik? |
Pemilik perlu memaklumkan kepada Pendaftar dalam masa 30 hari daripada tarikh perubahan dengan memajukan Borang berikut: |
| 12 |
Dimanakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh dimajukan? |
Borang Pendaftaran Perniagaan boleh dimajukan di Kaunter Pejabat SSM sama ada di Ibupejabat atau Pejabat SSM Negeri kecuali di Sabah dan Sarawak. Permohonan juga boleh dimajukan secara dalam talian melalui perkhidmatan e-Lodgement SSM dengan melayari laman web SSM iaitu www.ssm.com.my atau laman web Portal MAMPU iaitu www.malaysia.gov.my |










