Share

Pengurusan Aset Syarikat Bubar

Sekiranya selepas syarikat dibubarkan samada melalui proses pembatalan nama atau proses penggulungan, terdapat transaksi yang belum diselsaikan oleh syarikat tersebut. Dalam hal ini, pihak yang berminat boleh memohon kepada Pendaftar Syarikat di bawah seksyen 309 AS 1965 supaya Pendaftar menjadi wakil kepada syarikat bubar ini untuk menyelesaikan transaksi tersebut. Dalam hal ini, Pendaftar Syarikat dibolehkan untuk menurunkan tanda tangannya ke atas apa- apa instrumen atau dokumen berkaitan.

Sekiranya terdapat aset syarikat yang belum dilupuskan selepas tarikh syarikat dibubar, aset tersebut adalah terletakhak kepada Pendaftar Syarikat seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 310 AS 1965. Seksyen 311 AS 1965 pula memberi kuasa kepada Pendaftar Syarikat  samada untuk menjual atau melupuskan aset yang telah diletakhakkan kepadanya  menurut seksyen 311 AS 1965.