Utusan Ketua Pegawai Eksekutif


Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC) merupakan sebuah pusat pembelajaran perniagaan korporat di Malaysia yang telah ditubuhkan pada April 2007 berfungsi sebagai badan pendidikan dan latihan Suruhanjaya Syarikat  Malaysia (SSM), ia memainkan peranan penting dalam mempromosi dan menerapkan etika perniagaan serta nilai-nilai yang yang baik kepada perniagaan dan syarikat.

SSM berpegang kepada falsafah ‘penguatkuasaan melalui pendidikan’ dengan pendekatan ‘penguatkuasaan yang seimbang’, SSM percaya pendidikan dapat memperlengkapkan inisiatif penguatkuasaan bagi mencapai pematuhan pelaksanaan kami dalam memastikan  pematuhan undang-undang. COMTRAC berusaha untuk mendidik pihak berkepentingan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya keperluan dan manfaat yang bersesuaian dengan undang-undang syarikat

COMTRAC berkomited dalam menggalakkan dan memperkenalkan pengurusan yang bagus di kalangan pengarah-pengarah syarikat, setiausaha-setiausaha  syarikat dan pegawai-pegawai syarikat. Kami mengetengahkan modul komprehensif kepada peserta serta dilengkapi dengan pemahaman yang lebih jelas mengenai  keperluan terkini dimana ia penting untuk membantu mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mengikut undang-undang yang terkandug dalam Akta Syarikat 2016 dan undang-undang yang berkaitan.
 
Dengan adanya COMTRAC, SSM dijadikan sebagai garis panduan dalam menyediakan peluang untuk melengkapkan pihak berkepentingan dengan melalui pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang diperlukan.

 
Terima kasih.

Ketua Pegawai Eksekutif  
Suruhanjaya Syarikat Malaysia