SSM BIZTRUST

SSM BizTrust adalah satu piawaian yang boleh diperolehi oleh entiti perniagaan secara atas talian melalui perakuan yang dikeluarkan oleh SSM bahawa entiti tersebut telah mematuhi ciri-ciri amanah yang telah ditetapkan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat.

SSM BizTrust menyediakan platform kepada para peniaga yang menjalankan urusan secara atas talian (termasuk media sosial) bagi mendapatkan pensijilan biztrust melalui logo (seal) yang akan dipaparkan di dalam laman web perniagaan mereka. 

Dengan adanya paparan logo SSM BizTrust di sesebuah laman web, pelanggan akan lebih berkeyakinan untuk berurusan dengan entiti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan atau sekadar berkongsi maklumat di dalam laman web tersebut dan seterusnya membuat transaksi secara atas talian. 

SSM BizTrust ditawarkan dalam tiga (3) kategori iaitu:

Tahap Prinsip SSM BizTrust Fi (RM)
Tahap 1 Pendaftaran 200.00
Tahap 2 Pendaftaran (Tahap 1) + Keselamatan atau Privasi 1,500.00
Tahap 3 Pendaftaran (Tahap 1) + Keselamatan dan Privasi 2,500.00

* tidak termasuk 6% GST

Prinsip SSM BizTrust:

Prinsip Pendaftaran Prinsip Online Trust
Kriteria Keselamatan Kriteria Privasi
Entiti telah berdaftar dan mempunyai kredibiliti yang baik dengan SSM serta mematuhi amalan perniagaan selari dengan kriteria yang telah ditetapkan di dalam SSM BizTrust. Perlindungan ke atas keselamatan sistem selaras dengan kriteria keselamatan SSM BizTrust. Maklumat peribadi mematuhi komitmen di dalam notis privasi setiap entiti selaras dengan kriteria privasi SSM BizTrust.

Daftar sekarang di https://biztrust.ssm.com.my.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-7721 4000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my