Bahagian Pengaduan
Seksyen Aduan
Seksyen Aduan bertanggungjawab menerima, merekod dan bertindak ke atas aduan yang diterima daripada pegawai-pegawai syarikat, pemegang saham, pemilik perniagaan, rakan kongsi perniagaan atau orang awam mengenai sebarang isu dan ketidakpatuhan di bawah Akta-akta yang dikawal selia oleh SSM seperti berikut:
- Akta Syarikat 1965
- Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
- Akta Syarikat Amanah 1949
- Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971
atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:
- Peraturan-Peraturan Syarikat 1966; dan
- Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
Sebarang aduan boleh dikemukakan terus melalui e-aduan atau surat ke alamat di bawah :
Seksyen Aduan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tingkat 28, Menara SSM@Sentral
No. 7 Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.
Tel : 603 – 2299 4400
Fax : 603 – 2299 5461
emel : enquiry@ssm.com.my
Surat akuan terima bagi setiap aduan akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas aduan di terima oleh Seksyen Aduan. Seterusnya, Seksyen ini akan menjalankan inkuiri awal kes aduan. Sekiranya didapati ada kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang di bawah Akta yang dikawal selia, perkara tersebut akan dirujuk ke Bahagian Siasatan atau Bahagian Pematuhan SSM. Jika aduan tersebut melibatkan bidangkuasa pihak berkuasa yang lain, Seksyen Aduan akan merujuk aduan tersebut ke pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan selanjutnya.










