Bahagian Pembangunan Korporat

Program Latihan Pengarah Syarikat (CDTP)

Program latihan ini diwujudkan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai objektif ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi) dan bagi memastikan pengarah korporat mempunyai pengetahuan berkenaan undang-undang dan peraturan asas khusus dalam bidang perniagaan dan operasi. Program ini direka khas bagi membantu pengarah-pengarah dalam memahami isu-isu organisasi dan kesedaran terhadap pembangunan statut dan industri serta kesan dan impak kepada mereka secara individu dan juga syarikat.

Program latihan ini amat penting kepada pengarah-pengarah syarikat yang tidak tersenarai untuk menyertainya bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan ini bagi memastikan lebih memahami dan timbul kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab, tadbir urus korporat serta memperbaiki tahap pematuhan. Kesannya, persekitaran perniagaan yang sihat serta pelaburan yang dinamik dalam dunia korporat.

Program ini juga bertujuan untuk pengarah-pengarah yang berpotensi, baru dilantik dan sedia ada serta bagi pengurusan eksekutif. Selain itu, program ini juga dapat disarankan kepada pihak pengurusan konsultan.

Program Latihan Setiausaha Syarikat(LSTP)

Suruhanjaya syarikat malaysia (ssm) telah memulakan usaha mengendalikan Licensed Secretaries Training Program (LSTP) bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran serta menggalakkan amalan yang betul di kalangan pegawai syarikat.

Tujuan utama program ini adalah untuk menyemai pengetahuan yang bersesuaian kepada peserta program daripada aspek amalan kesetiausahaan syarikat.

Peserta akan dilengkapkan dengan pengetahuan yang jelas mengenai keperluan pematuhan di mana ianya penting dalam membantu mereka menjalankan tanggungjawab selaras dengan peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan juga peraturan-peraturan yang berkaitan.

Program Mengikut Topik 2011