Bahagian Pembangunan Dalaman

Program Kemahiran Teknikal

Bagi menghasilkan pekerja yang lebih berdaya saing dan bertaraf antarabangsa, SSM telah menjalankan beberapa program latihan yang focus kepada pembangunan kemahiran teknikal. Ini selaras dengan misi pembangunan modal insan yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri.

Dengan mengadaptasi teknik pengurusan latihan yang cekap, SSM dapat memastikan latihan yang diberikan kepada pekerja-pekerja adalah latihan yang berkualiti dan menepati keperluan. Ini bukan sahaja dapat melahirkan pekerja yang mahir malah ia juga dapat menjana kepada kekuatan sesebuah organisasi itu.

Program Kemahiran Perilaku 

Selain dari program pembangunan kemahiran teknikal, SSM juga mengambil berat terhadap pembangunan kemahiran perilaku seseorang pekerja itu. Program-program seperti ini dapat memperbaiki dan mengukuhkan sifat profesionalisma pekerja dalam menangani tugas-tugas harian.

Tanpanya, segala program pembangunan kemahiran teknikal yang dijalankan tidak akan lengkap. Kedua-dua program ini haruslah berjalan seiringan supaya pekerja yang bertaraf dunia dapat dihasilkan.