ARKIB PENGUMUMAN & BERITA

Bil. Tarikh Pengumuman & Berita Diskripsi
1 21/12/2017 - 4:49pm PENUTUPAN UTC KL@PUDU SENTRAL, MELAKA, TERENGGANU & PAHANG SEMPENA CUTI UMUM BULAN DISEMBER 2017

Para pelanggan yang dihargai,

Dimaklumkan bahawa sempena cuti umum bulan Disember 2017 UTC Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu & Pahang akan ditutup pada tarikh seperti berikut:-

23 Disember 2017 (Sabtu) hingga 25 Disember 2017 (Isnin), sempena Hari Krismas.

Semua Pejabat SSM UTC akan kembali beroperasi semula pada 26 Disember 2017 (Selasa).

Sebarang kesulitan amat dikesali. 

 

 

2 20/11/2017 - 12:22pm PEMBERITAHUAN BERKENAAN PELAKSANAAN SERAH SIMPAN ‘NOTIFICATION OF CHANGE IN THE REGISTERED ADDRESS’ SECARA MANDATORI DI BAWAH SEKSYEN 46(3), AKTA SYARIKAT 2016 MELALUI PORTAL MyCoID 2016

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) dengan ini mengumumkan pelaksanaan serah simpan ‘Notification Of Change In The Registered Address’ (“CRA”) di bawah Seksyan 46(3) Akta Syarikat 2016 melalui Portal MyCoID 2016.  

Susulan daripada pelaksanaan Portal MyCoID 2016, Pendaftar Syarikat menetapkan bahawa untuk memudahkan kemaskini alamat berdaftar syarikat melalui sistem atas talian, serah simpan CRA hendaklah dibuat secara mandatori melalui Portal MyCoID 2016 berkuatkuasa 1 Disember 2017

Manual pengguna berhubung tatacara pengisian dan serah simpan notifikasi CRA tersebut boleh dimuat turun melalui pautan :

https://mycoid2016.ssm.com.my/document/MyCoID2016_User_Manual.pdf 

Sila ambil maklum bahawa SSM akan menolak serah simpan notifikasi CRA melalui kaunter di Ibu Pejabat / Pejabat Negeri / Cawangan SSM bermula 1 Disember 2017

 

PENDAFTAR SYARIKAT
20 November 2017

3 16/11/2017 - 3:38pm PENGUMUMAN BERKAITAN PERMOHONAN PENDAFTARAN SKIM KEPENTINGAN BAHARU

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan hari ini bahawa berkuatkuasa serta merta daripada tarikh pengumuman ini, semua permohonan pendaftaran skim kepentingan baharu hendaklah diserahsimpan dengan mematuhi Senarai Semak terkini.

Senarai Semak dan bayaran fi permohonan berdasarkan Akta Skim Kepentingan 2016 boleh diperolehi di sini dan di sini untuk dikemukakan bersama-sama permohonan.

SSM berhak untuk memulangkan semula dokumen permohonan yang tidak disertakan bersama Senarai Semak dan bayaran fi permohonan; dan/atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikehendaki oleh Senarai Semak berkenaan. 


SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 16 NOVEMBER 2017