Kerja Berpasukan
Kami bekerjasama ke arah matlamat yang sama, belajar sesama sendiri, dan berkongsi kemahiran dan sumber yang ada untuk manfaat pihak-pihak berkepentingan kami.
Integriti
Kami komited terhadap integriti. Kami mengamalkan etika kerja yang unggul secara profesional dan menggalas tanggungjawab dalam semua bidang tugas.
Peningkatan pengetahuan dan kemahiran berterusan
Kami menggalakkan pekerja kami untuk meningkatkan kompetensi, kemahiran dan pengetahuan dengan memberi penekanan untuk meneruskan pembelajaran bagi merangsang kreativiti, kualiti dan daya inovatif.
Pencapaian Hasil
Kami menetapkan piawaian yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mengatasinya. Kami gigih berusaha ke arah peningkatan kualiti kecekapan dan produktiviti. Kami mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pencapaian yang cemerlang.
Berorientasi pelanggan
Kami berazam untuk memberikan perkhidmatan cemerlang agar hubungan kami dengan pelanggan berterusan dan saling memberi manfaat. Kami berusaha untuk menjangka keperluan pelanggan bagi membolehkan kami melepasi jangkaan mereka. |