powered by FreeFind
 
Site Map | FAQ Carian Nama/E-INFO | Hubungi Kami E-Aduan
 
 
Visi & Misi
Objektif Strategik
Nilai-nilai Korporat
Fungsi & Kuasa
Anggota Suruhanjaya
Struktur Organisasi
 
 
Fungsi
  • Untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Akta SSM dan undang-undang yang ditadbir, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;
  • untuk bertindak sebagai agen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah undang-undang yang ditadbir;
  • untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang ditadbir;
  • untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya dikalangan pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan dijalankan mengikut norma-norma yang mantap mengenai pentadbiran korporat yang baik;
  • untuk meningkat dan menggalakkan pembekalan maklumat korporat di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir dan untuk mewujud dan membangunkan suatu kemudahan yang dengannya apa-apa maklumat korporat yang diterima oleh Suruhanjaya dapat dianalisis dan dibekalkan kepada orang ramai;
  • untuk menjalankan penyelidikan dan mengkomisikan kajian mengenai apa-apa perkara berhubung kegiatan korporat dan perniagaan;
  • untuk menasihati Menteri secara am mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan kegiatan korporat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang ditadbir; dan
  • untuk menjalankan segala kegiatan dan melakukan segala perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Suruhanjaya atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
 
Kuasa
  • Untuk menggunakan segala harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;
  • untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40;
  • untuk melantik agen, pakar atau perunding sebagaimana yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi-fungsinya;
  • untuk memberi pinjaman kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
  • untuk merumus dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan rancangan pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsi-fungsinya dengan sepatutnya dan berkesan;
  • untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan, perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi Suruhanjaya; dan
  • untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.