Bagaimanakah cara memperbadankan syarikat? |
Pemohon perlu memajukan permohonan carian nama dalam Borang 13A beserta bayaran RM30.00. Sekiranya nama diluluskan, pemohon hendaklah memajukan dokumen berikut dalam masa 3 bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat.
- Borang 6 – Declaration of Compliance
- Borang 48A – Statutory Declaration by a Person Before Appointment as Director, or by a Promoter Before Incorporation of Corporation (minima 2 orang)
- Memorandum dan Artikel
- Fi seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Syarikat 1965
Semasa hendak memfailkan dokumen, perlulah melantik seorang Setiausaha Syarikat yang mempunyai lesen atau setiausaha yang menjadi ahli badan yang diiktiraf. |
|

|
|
Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk memproses sijil pemerbadanan syarikat? |
Sijil pemerbadanan akan dikeluarkan dalam masa 1 hari bekerja sekiranya dokumen sempurna untuk didaftarkan. |
|

|
|
Apakah syarat yang perlu dipatuhi, sekiranya warga asing ingin menjadi pengarah syarikat? |
Warga asing yang ingin menjadi pengarah syarikat mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai alamat kediaman utama di Malaysia (Seksyen 122 Akta Syarikat 1965). |
|

|
|
Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya syarikat tersebut mempunyai lebih dari seorang setiausaha syarikat yang dinamakan dalam Artikel Syarikat? |
Sekiranya syarikat mempunyai lebih dari seorang setiausaha yang dinamakan dalam Artikel Syarikat, setiap setiausaha perlulah mengisi Borang 6 secara berasingan dan menyerahsimpan Borang 6 tersebut ke SSM. |