1. Bolehkah nama lama syarikat digunakan semula? |
Nama lama syarikat digunakan semula dengan syarat pertukaran nama tersebut telah melebihi 12 bulan. |
|

|
|
2. Bolehkah pihak syarikat menggunakan nama lama untuk menubuhkan syarikat baru? |
Syarikat tidak boleh menggunakan nama lama syarikat yang lain untuk menubuhkan syarikat baru. |
|

|
|
3. Adakah Borang 13A dikehendaki sekiranya syarikat ingin menukar taraf? |
Bagi tujuan tukar taraf, Borang 13A tidak perlu dimajukan. Syarikat hanya perlu memajukan :
- Borang 11 berserta bayaran RM 50.00 bagi tukar taraf dari syarikat awam kepada syarikat persendirian.
- Borang 11, Borang 18, dan Statement In Lieu Of Prospectus berserta bayaran RM300.00 bagi tukar taraf dari syarikat persendirian kepada syarikat awam.
|
|

|
|
4. Kenapa nama lama tidak diluluskan sedangkan nama berkenaan telah lama digunakan sebagai perkongsian atau enterprise? |
Nama lama tidak diluluskan sedangkan nama berkenaan telah lama digunakan sebagai perkongsian atau enterprise kerana walaupun pemohon telah memiliki perniagaan dan nama perniagaannya ingin dikekalkan bagi penubuhan syarikat, permohonan adalah tertakluk kepada peruntukan Akta Syarikat 1965. Kelulusan secara automatik tidak diberikan tetapi perlu melalui proses yang ditetapkan. Kebiasaannya jika nama perniagaan berkenaan adalah perkataan biasa, kelulusan diberikan atau dikueri jika memerlukan penambahan perkataan pada nama itu. |
|

|
|
5. Di manakah boleh saya mendapatkan Borang 13A? |
SSM tidak menyediakan Borang 13A. Pemohon boleh merujuk kepada Peraturan-Peraturan Syarikat 1966
|

|
6. Nama yang telah diluluskan tetapi pihak pemohon hendak menukar nama pengasas yang telah dicatatkan di perkara 8 seksyen C Borang 13A? |
- Sekiranya nama pengasas yang hendak ditukarkan itu hanya melibatkan seorang sahaja, tidak perlu difailkan Borang 13A yang baru. Pemohon boleh meneruskan penubuhan syarikat.
- Sekiranya kesemua nama pengasas yang hendak ditukarkan, maka pemohon perlu membuat permohonan baru dengan bayaran baru dan catatkan kenapa permohonan dibuat semula.
|
|

|
|
7. Bagaimana cara untuk memohon carian nama bagi syarikat asing? |
Untuk memohon carian nama bagi syarikat asing, pemohon hendaklah memajukan Borang 13A bagi setiap nama yang dipohon. |
|

|
|
8. Kenapa nama yang dipohon ditolak sedangkan pemohon hendak menubuhkan anak syarikat kepada syarikat yang sedia ada? |
Bagi tujuan penubuhan anak syarikat, pemohon perlu menyertakan surat kebenaran daripada syarikat induk. Walaubagaimanapun kelulusan permohonan nama masih tertakluk kepada nama yang dipohon tidak menyerupai nama syarikat yang telah berdaftar. |
|

|
|
9. Mengapa Borang 13A yang telah diserta surat kebenaran masih dikueri oleh SSM? |
Borang 13A yang telah disertakan surat kebenaran masih dikueri oleh pihak SSM kerana surat kebenaran disertakan tidak lengkap dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. |
|

|
|
10. Bolehkah kelulusan nama dipindahmilik kepada yang lain? |
Kelulusan nama dibenarkan dipindahmilik kepada yang lain dengan syarat Borang 13A difailkan semula berserta bayaran dan surat kebenaran dari pemohon terdahulu. |