powered by FreeFind
 
Site Map | FAQ Carian Nama/E-INFO | Hubungi Kami E-Aduan
 
 
Pendaftaran Perniagaan
Permohonan Nama Syarikat
Pemerbadanan
Pendaftaran Dokumen
Pendaftaran Gadaian
Insolvensi
k Skim Kepentingan
u
Perkhidmatan Kaunter
Permohonan Maklumat Syarikat dan Perniagaan
Unit Pengawasan Juruaudit
Pemantauan
 
 
Permohonan Maklumat Syarikat dan Perniagaan

Siapakah yang boleh memohon untuk mendapatkan maklumat syarikat dan perniagaan?

Sesiapa sahaja boleh memohon dengan syarat membayar fi yang ditetapkan terlebih dahulu bagi:

  • Menyemak sebarang dokumen yang telah difailkan atau didaftarkan dengan SSM, kecuali dokumen yang telah dilupus mengikut peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Memohon salinan atau petikan daripada sebarang dokumen yang dibenarkan disemak.

Bagaimana cara membuat permohonan maklumat?

 

Permohonan maklumat boleh dibuat melalui:

 

  • Carian rasmi melalui kaunter di mana-mana pejabat SSM.
    • Permohonan untuk semakan fail, cetakan maklumat syarikat dan perniagaan, carian dokumen (melalui sistem IDAMAN) dan salinan dokumen-dokumen boleh dibuat dengan mengisi borang berkenaan yang terdapat di kaunter.
    • Kemudahan untuk membekalkan salinan dokumen-dokumen yang disahkan atau yang tidak disahkan juga disediakan.
  • Permohonan secara bertulis.
    • Surat permohonan maklumat harus menyatakan dengan  jelas dokumen-dokumen yang diperlukan serta nama penuh syarikat atau syarikat-syarikat.
    • Bagi pembelian melalui pos, sila majukan permohonan anda ke alamat berikut:
    • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
      Tingkat 2, 10-18,Putra Place,
      100 Jalan Putra, 50622 
      Kuala Lumpur
      (U/P: Seksyen Perkhidmatan Maklumat).
    • Bayaran bagi pembelian maklumat melalui pos boleh dilakukan dengan menggunakan kiriman wang atau bank draf dan dibayar kepada ‘Suruhanjaya Syarikat Malaysia.’
  • E-info.
    • Kembali ke laman utama.
    • Klik perkhidmatan "SSM E-info".
    • Bayaran boleh dibuat menerusi prepaid atau kad kredit.

Apakah maklumat yang terkandung di dalam cetakan komputer maklumat syarikat dan perniagaan?

Butir-butir maklumat yang terkandung dalam cetakan komputer adalah seperti berikut:

 

A. Cetakan Maklumat Syarikat
  • Maklumat Syarikat
    • Nama syarikat
    • Nombor syarikat dan 'check digit'
    • Nama lama syarikat
    • Tarikh pertukaran nama
    • Jenis syarikat
    • Tarikh penubuhan
    • Taraf/status syarikat
    • Alamat daftar
    • Jenis perniagaan
  • Maklumat Modal
    • Modal dibenarkan
    • Modal diterbitkan

     

  • Maklumat Pengarah dan Pegawai
    • Nama dan alamat
    • No. K/P atau Paspot
    • Jawatan
    • Tarikh lantikan
  • Maklumat Pemegang Syer
    • No. K/P, paspot atau syarikat
    • Nama
    • Jumlah syer

 

B. Cetakan Maklumat Perniagaan
  • Maklumat Perniagaan
    • Nama perniagaan
    • Alamat utama perniagaan
    • Nombor pendaftaran perniagaan
    • Tarikh mula berniaga
    • Tarikh mula didaftarkan
    • Tarikh penutupan perniagaan
    • Tarikh perubahan(maklumat)
    • Tempoh tamat perakuan pendaftaran sekarang
    • Jenis perniagaan

     

  • Maklumat Cawangan
    • Bilangan cawangan
    • Alamat cawangan

     

  • Maklumat Pemilik Masa Kini
    • Nama
    • Alamat kediaman
    • No. K/P
    • Tarikh lahir
    • Bangsa
    • Jantina
    • Jawatan
    • Kewarganegaraan
    • Tarikh masuk

     

  • Maklumat Pemilik Masa Dahulu
    • Sama seperti Maklumat Pemilik Masa Kini dan ditambah:
    • Tarikh keluar
    • Sebab keluar