Adakah semua kelab perlu didaftarkan dengan SSM? |
Tidak semua kelab perlu mendaftar dengan SSM. Hanya kelab yang tertakluk dalam definisi di bawah Seksyen 84 Akta Syarikat dikehendaki mendaftar dengan SSM. |
|

|
|
Berapa lama diambil untuk memproses permohonan pendaftaran skim kepentingan? |
Proses pendaftaran skim kepentingan mengambil masa selama 14 hari daripada tarikh jawapan kepada kueri atau permohonan lengkap. |
|

|
|
Berapakah modal berbayar yang diperlukan? |
Modal berbayar yang diperlukan adalah sebanyak RM 5 juta untuk Kelab Golf dan RM 1 juta bagi Kelab selain Golf. |
|

|
|
Bolehkah keahlian kelab dipindahmilik? |
Keahlian kelab boleh dipindahmilik tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh syarikat operator. |
|

|
|
Siapakah yang boleh dilantik sebagai Pemegang Amanah kelab? |
Hanay Syarikat Amanah yang didaftarkan di bawah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan telah mendapat kelulusan untuk pelantikan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh dilantik. |
|

|
|
Siapakah yang menetapkan yuran keahlian? |
Untuk permulaan, syarikat operator yang menetapkan yuran keahlian. |
|

|
|
Adakah bayaran diperlukan bagi menyerahsimpan Surat Ikatan Amanah (SIA)? |
Sebelum SIA diserahsimpan, satu deraf SIA hendaklah dikemukakan untuk semakan dan kelulusan. Bayaran pemeriksaan bagi deraf tersebut adalah sebanyak RM250.00. |
|

|
|
Berapakah bayaran pendaftaran prospektus untuk skim-skim kepentingan? |
Bayaran pendaftaran prospektus untuk skim-skim kepentingan adalah sebanyak RM1,300.00. |
|

|
|
Adakah sebarang garis panduan berhubung Skim Kepentingan dikeluarkan oleh SSM? |
Terdapat dua garis panduan berhubung Skim Kepentingan iaitu:
- “Policy Guidelines and Requirements for Timesharing Arrangements”.
- “Policy Guidelines and Requirements for Sales of Club Memberships”.
|