| |
|
 |
| |
Kaunter bayaran
tingkat 13 ibu pejabat dibuka bagi urusan perkhidmatan
syarikat. Bagi urusan perkhidmatan perniagaan
di ibu pejabat bertempat di tingkat 2 untuk urusan
pendaftaran dan tingkat 12 bagi mendapatkan maklumat
perniagaan.
Selain dari ibu pejabat, pelanggan
juga boleh berurusan dengan mana-mana kaunter
pejabat negeri SSM yang berhampiran.
|
| |
| Urusan pembayaran |
Pembayaran boleh dibuat secara
tunai, bank draf, kiriman wang dan wang pos. Sila
rujuk Pengumuman Awam Bil. 1 Tahun 2003 (Tambahan).
Kandungan antaranya:
- Pembayaran hendaklah dibuat atas nama Suruhanjaya
Syarikat Malaysia/Pendaftar Syarikat Malaysia/Pendaftar
perniagaan Malaysia.
- Pembayaran yang dibuat atas nama Pejabat
Pendaftar Syarikat/Pejabat Pendaftar Perniagaan
tidak akan diterima.
- Cek hanya diterima sekiranya dikeluarkan
oleh sesebuah firma/syarikat pengurusan, firma
juruaudit, firma peguam, firma akauntan, firma
syarikat kesetiausahaan atau firma/syarikat
lain yang diluluskan oleh SSM (Pengumuman
Awam Bil 1 Tahun 2003) (Tambahan).
- Syarat:-
- Maklumat mengenai alamat firma, syarikat,
nombor telefon dan nama pegawai/firma
yang boleh dihubungi hendaklah dicatat
di belakang cek.
- Cek dikeluarkan oleh firma/syarikat
yang berkenaan.
- Cek pelanggan tidak diterima.
- Firma/syarikat mengeluarkan cek-cek
yang tidak sah akan disenarai hitamkan.
- Sistem hanya boleh menerima maksima
5 keping wang pos sahaja.
- Cek tidak diterima sama sekali untuk pembayaran
bagi urusan-urusan seperti berikut:
- Apa-apa urusan bayaran di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah
Pendaftaran Perniagaan 1957.
- Pemerbadanan syarikat tempatan atau
pendaftaran syarikat asing.
- Kenaikan modal saham yang dibenarkan
syarikat tempatan atau asing.
- Bayaran kompaun.
- Maksima hanya 5 transaksi sahaja dibenarkan
bagi setiap instrumen pembayaran.
- Pembayaran hendaklah disediakan melalui
instrumen pembayaran yang berasingan menurut
jenis dokumen yang diserahsimpan.
- Bayaran bagi yuran lewat serahsimpan hendaklah
menggunakan instrumen pembayaran yang berasingan.
- Bayaran bagi penukaran nama syarikat dan
penubuhan syarikat hendaklah menggunakan instrumen
pembayaran yang berasingan.
|
|
|
|
| |
 |
 |
|
|
|