Di manakah permohonan boleh dibuat bagi mendapatkan lesen Juruaudit Syarikat?
|
Permohonan hendaklah dibuat dengan Kementerian Kewangan Malaysia. |
| |
 |
| |
Bagaimanakah cara mendaftarkan firma audit baru? |
Untuk mendaftarkan firma audit baru, Borang 5(Return of Partners of Firm of Auditors) hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahsimpan ke SSM dan dilampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut :
- Salinan surat kelulusan dari Institut Akauntan Malaysia (MIA) untuk nama firma audit.
- Salinan surat kelulusan dari kementerian Kewangan Malaysia berhubung lesen yang diluluskan.
Bayaran Pendaftaran firma audit baru ialah RM500.00 dan RM5.00 untuk satu salinan sah Borang 5.
|
| |
 |
| |
Berapa lamakah masa yang dibenarkan untuk menyerah simpan Borang 5 daripada tarikh perubahan berlaku?
|
Menurut Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Syarikat 1966, Borang 5 mesti diserahsimpan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan.
|
| |
 |
| |
Berapakah bayaran dikenakan bagi menyerahsimpan Borang 5? |
Tidak ada bayaran dikenakan. |
| |
 |
| |
Bolehkah penyerahan Borang 5 dilakukan di pejabat-pejabat negeri?
|
Boleh, tetapi digalakkan supaya diserahsimpan terus ke Unit Pengawasan Juruaudit Ibu Pejabat bagi mengelak kelewatan pemprosesan.
|
| |
 |
| |
Perlukah notis khas diserahsimpan ke SSM bagi peletakan jawatan sebagai juruaudit syarikat?
|
Tidak perlu, notis hanya perlu diserahsimpan apabila berlakunya pemecatan juruaudit syarikat.
|