Di mana aduan
mengenai syarikat/perniagaan boleh dibuat? |
Sebarang aduan mengenai syarikat
atau perniagaan boleh dibuat di Seksyen Pemantauan,
Tingkat 10, Putra Place, Kuala Lumpur (Ibu Pejabat
SSM) atau di mana-mana pejabat negeri SSM yang
berhampiran. |
| |
 |
| |
Bagaimana aduan boleh
dilakukan? |
Ia boleh dilakukan dengan
cara hadir sendiri ke pejabat SSM, menulis surat atau melalui E-Aduan yang terdapat dalam laman web SSM. |
| |
 |
| |
Perlukah syarikat/perniagaan
mempamerkan papan tanda nama dan nombor pendaftaran? |
-
Tiap-tiap syarikat perlu
mempamerkan nama syarikat di luar tiap-tiap
pejabat atau tempat di mana perniagaan dijalankan. Bagi pejabat pendaftar pula, mestilah mempamerkan
perkataan 'Pejabat Yang Didaftarkan' di luar
pejabat berdaftar menurut kehendak Seksyen 121(3) Akta Syarikat
1965.
-
Semua perniagaan yang berdaftar
hendaklah mempamerkan papan tanda nama perniagaan
dan nombor pendaftaran di luar setiap tempat
perniagaan menurut kehendak Kaedah 13A(1) Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956.
|
| |
 |
| |
| Perlukah sijil perakuan pendaftaran
perniagaan dipamerkan? |
Sijil perakuan pendaftaran
perniagaan perlu dipamerkan di tempat yang mudah
dilihat di pejabat perniagaan utama dan setiap
cawangan perniagaan menurut kehendak seksyen 11A Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956. |
| |